Pantun Teka-teki 2

13 05 2008

Salam Uji Minda dari Ummi… :-)

Ha! Macamana? Dapat jawab semua teka-teki berkaitan binatang tu? Alah, yang lepas sudah Ummi pamerkan tu. Tak tahu – klik di siniPantun Teka Teki.

Seperti yang dijanjikan, ini himpunan pantun teka-teki bertemakan tumbuh-tumbuhan:

Ambil betik potongkan pisau
Buah masak pokoknya rendah
Kecil-kecil berbaju hijau
Sudah besar berbaju merah

Banyak buah di dalam guni
Buah asam serta manis
Apakah buah sifat begini
Masak masam, muda manis?

Budak-budak berjual paku
Mari dijual di tepi jalan
Banyak paku perkara paku
Apakah paku yang boleh dimakan?

Kalau adik pergi ke kedai
Jangan lupa pakai seluar
Kalau adik orang pandai
Apa buah biji diluar?

Kalau adik ke pekan Siak
Tolong belikan bunga sekuntum
Kalau adik orang yang bijak
Apa buah masak tersenyum?

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji ditepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Kalau adik memasak kari
Jangan dibubuh daun serai
kalau adik bijak bestari
Daun apakah yang tidak bertangkai?

Kapal belayar Selat Melaka
Penuh bermuat minyak sapi
Wahai adik cuba teka
Daun apa yang tidak bertepi?

SELAMAT MENCUBA…KALAU DAPAT JAWAB SEMUA CONTACT UMMI DI TALIAN 012-6590352 UNTUK HADIAH…

Pos kaitan:

About these ads

Tindakan

Informasi

7 gerakbalas-gerakbalas

14 05 2008
mommyTuah

1st. chili
3rd . paku pakis
4th. daun terup kot

Assalamualaikum mommyTuah, jika dapat jawab semua boleh tuntut hadiah pada Ummi Kamariah pada nombor yang diterakan… semoga berjaya… seronok juga ya main teka teki ni… Tuan Moderator :-)

18 09 2008
aiwa

assalamualaikum..
sy nk cube jawab

1.cili
2.?
3.pakupakis
4.buah gajus
5.?
6.buah melaka
7.buah hati
8.daun trup
9.?
9.
9.?

7 10 2008
Amin

salam perjuangan…
Ummi bg teka-teki yang payah gak ni….
pening gak nak fikirkannye…
tp leh sy tau pe hadiahnye?
nak jadikan sumber inspirasi..
hehehehe

30 10 2008
ummi

hmm…kene ler jawab sume dulu….baru leh declare hadiah…cuba lagik!!!

29 10 2009
lyana

bagi jawapan sekali

16 05 2010
bouncer soksek

no 5 jawapan dya pisang…abg azhar,last year da dtg soksek kn????yeayy!!!!adik bleyh jwb…!!!

26 08 2012
Oyunu

When I originally commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now each time a comment is added I get three e-mails with the same comment.
Is there any way you can remove people from that service?
Thanks a lot!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: