THE ISLAMIC MEDIA AWARD COMPETITION
(I-MAC 2009)

Tarikh: 30 Mei 2009 – 17 Julai 2009
Anjuran bersama
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Peserta: Sasaran Peserta : Individu berumur 15 tahun dan ke atas
Laman Pertandingan Ini – http://islamicmediacompetition2009.blogspot.com/
OBJEKTIF
- Menggalakkan penyampaian bahan bermesej dan nilai-nilai murni menggunakan alat media yang pelbagai.
- Menjadi satu testimoni kepada masyarakat tentang kesungguhan dan iltizam pihak penganjur iaitu KARISMA dalam menyebar luaskan kemurnian ISLAM.
- Membudayakan budaya menulis yang berorientasikan informasi dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat yang sedia meminati bidang penulisan.
- Membantu dalam pembentukan minda yang kreatif dalam kalangan masyarakat untuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza menerusi tema-tema yang disediakan penganjur.
- Mengenalpasti individu-individu yang berbakat dan berpotensi dalam bidang penulisan, fotografi, dan multimedia agar mereka berterusan menyampaikan dakwah serta nilai-nilai murni kepada masyarakat.
TEMA PERTANDINGAN
- Adat dan Tradisi (Custom and Heritage)
- Malaysia yang kuimpikan (My Dream Malaysia)
- Kehidupan Pelajar (Student Life)
- Alam (Nature)
- Islam itu kebanggaanku (Proud to be a Muslim )
- Di bawah naungan Al-Quran (In the Shade of the Quran)
- Manisnya Dakwah (The Beauty of Doing Dakwah)
- Fikrah Islam Dominan Alam Kampus
*Penyertaan adalah dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Apa anda perlu buat?
Hantar sebarang hasil karya atau hasil kerja cerpen/fotografi/lirik nasyid/ sajak/multimedia berdasar tema pertandingan.

maklumat lanjut > http://islamicmediacompetition2009.blogspot.com/
SYARAT UMUM PERTANDINGAN
- Penganjur bagi pertandingan ini adalah Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA).
- Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 15 tahun dan ke atas.
- Tiada yuran penyertaan dikenakan kepada peserta.
- Peserta tidak dibenarkan plagiat mana-mana hasil karya atau hasil kerja individu/kumpulan tertentu.
- Medium bahasa yang digunakan hanyalah Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia.
- Sebarang hasil karya atau hasil kerja cerpen/fotografi/lirik nasyid/ sajak/multimedia yang dihantar kepada penganjur adalah hak milik penganjur sepenuhnya. Penganjur berhak mempamerkan hasil penyertaan kepada umum sebagai pengajaran dan kegunaan lain.
- Setiap penyertaan perlu berdasarkan salah satu tema yang disenaraikan oleh pihak penganjur. Sebarang penyertaan di luar tema akan hilang kelayakan bertanding.
- Tarikh tutup bagi semua kategori pertandingan adalah pada 8 JULAI 2009.
- Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi perlu menggunakan borang penyertaan yang berbeza sekiranya berlainan kategori dan tema. Satu borang adalah untuk satu kategori dan tema penyertaan sahaja.
- Semua penyertaan melalui pos perlulah di alamatkan kepada:
Penganjur I-MAC 2009
Pusat Komuniti JIM
Lot 300.3 Lorong Selangor
Pusat Bandar Melawati
51300 Kuala Lumpur - Sekiranya hasil penyertaan di hantar melalui pos, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan ketika perjalanan.
- Bukti tarikh penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
- Semua hasil media akan di nilai melalui kreativiti, keaslian karya, ketelitian dan kandungan berasaskan tema pilihan.
- Keputusan para juri adalah muktamad.
- Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon atau surat. Sekiranya peserta tidak dihubungi sehingga 17 JULAI 2009, peserta dianggap tidak berjaya.










salam…jom sertai Seminar Menara Gading di penang…ayuh!!!