Abg Lang berKBM di SMK Bandar Banting, Selangor

24 06 2009

Dipetik dari blog abuanas08.blogspot.com

Perkongsian Abg Lang BerKBM di SMK Bandar Banting, Selangor

Salam…

Minggu lepas (20 & 21 Jun) ayah ke SMK Bandar Banting utk KBM bersama team KBM KL..

Seperti biasa, sedikit tumpangan berita dari ayah utk semua pembaca…


Gambar peserta ‘kasih’ dan ’sayang’ sebelum penyerahan kepada ibu bapa..


Ole ole yang dibawa balik oleh ayah untuk kami dirumah…


Siap dapat sijil lagi kata ayah… boleh guna nak mohon kerja nanti ye ayah…


Tu dia barisan fasi dan org kuat KBM KL sebelum pulang ke destinasi masing masing. Pak Chik pun ada (dalam KBM dia org panggil Abg Chik kata ayah… duduk belah kanan sekali)


Antara ibu bapa yg turut serta


Peserta Sayang pada hari pertama KBM

Ni pulak peserta kasih…


Tahniah kepada ayah dan team KBM KL… nanti boleh lah jemput ayah ke KL lagi ye…




Abg Long dapat anak lelaki…Alhamdulillah..

24 06 2009

images[35]

Salam…

Maaf sebab agak lambat mewar warkan berita gembira ini…

Abg Lang  ingin memaklumkan bahawa akhi Hanuar (Abg Long) telah mendapat cahaya mata (lelaki) pada pagi Sabtu 20 Jun yang lepas. Lebih kurang jam 6 pagi di hospital Besar Melaka.

Bayi dalam keadaan sihat serta ibunya pun alhamdulillah sihat. Berat 2.8 kg dan ana baru call sebentar tadi, dan dimaklumkan namanya insyaallah Ahmad Izuddin.

Semoga bayi tersebut akan menjadi pejuang islam dan kehadirannya akan menyemarakkan lagi usaha dakwah ibu dan ayahnya. Amin…

Sekian, yang melaporkan

Abg Lang





JOM Sertai Pertandingan Anugerah Media Islam

14 06 2009

THE ISLAMIC MEDIA AWARD COMPETITION
(I-MAC 2009)


Tarikh: 30 Mei 2009 – 17 Julai 2009

Anjuran bersama
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Peserta: Sasaran Peserta : Individu berumur 15 tahun dan ke atas

Laman Pertandingan Ini – http://islamicmediacompetition2009.blogspot.com/

OBJEKTIF

  1. Menggalakkan penyampaian bahan bermesej dan nilai-nilai murni menggunakan alat media yang pelbagai.
  2. Menjadi satu testimoni kepada masyarakat tentang kesungguhan dan iltizam pihak penganjur iaitu KARISMA dalam menyebar luaskan kemurnian ISLAM.
  3. Membudayakan budaya menulis yang berorientasikan informasi dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat yang sedia meminati bidang penulisan.
  4. Membantu dalam pembentukan minda yang kreatif dalam kalangan masyarakat untuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza menerusi tema-tema yang disediakan penganjur.
  5. Mengenalpasti individu-individu yang berbakat dan berpotensi dalam bidang penulisan, fotografi, dan multimedia agar mereka berterusan menyampaikan dakwah serta nilai-nilai murni kepada masyarakat.

TEMA PERTANDINGAN

  1. Adat dan Tradisi (Custom and Heritage)
  2. Malaysia yang kuimpikan (My Dream Malaysia)
  3. Kehidupan Pelajar (Student Life)
  4. Alam (Nature)
  5. Islam itu kebanggaanku (Proud to be a Muslim )
  6. Di bawah naungan Al-Quran (In the Shade of the Quran)
  7. Manisnya Dakwah (The Beauty of Doing Dakwah)
  8. Fikrah Islam Dominan Alam Kampus

*Penyertaan adalah dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Apa anda perlu buat?

Hantar sebarang hasil karya atau hasil kerja cerpen/fotografi/lirik nasyid/ sajak/multimedia berdasar tema pertandingan.

maklumat lanjut > http://islamicmediacompetition2009.blogspot.com/

Baca baki entri ini »





Pertandingan Bowling Antara Fasi & Pengendali

10 06 2009

Dipetik dari blog abuanas08.blogspot.com

Salam…

Selepas pulang dari Perkasa 2009, ayah ada game bowling dgn fasi dan pengendali KBM di Mahkota Parade.. ayah kata dia jadi johan pada hari tersebut. Kita saksikan sedikit gambar yang disedut dari kamera ayah k…


Kumpulan yang kalah dalam pertandingan tersebut. Barisan fasi.. Dari kanan, Abg Ammar, Abg Ayed, Abg Din dan Abg Nizam…


Ni pulak kumpulan yang menang bersama juara individu… siapa lagi kalau bukan ayah. 536 mata dari 4 frame kata ayah.. hebat jugak tu ayah. Tahniah dari saya…


Gambar kenangan semua pemain selepas main bowling..


Gambar sebelum mula..


Semua hadiah hamper ditaja oleh Pak Long. Ni pulak katagori apa? Hadiah pungutan mata paling rendah. Tak payah tulis lah berapa pakcik Hanuar dapat. Segan dia nanti..

Semoga pertandingan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara fasi dan pengendali KBM di Melaka ini…. amin..

Abg Lang





KBM TMN BERTAM JAYA, CHENG, MELAKA.

10 06 2009

Tarikh : 4 - 5 Jun 2009 (khamis – jumaat)
Tempat : Surau Al-Islah, Tmn Bertam Jaya.
Peserta : 24 org (Darjah 2 hingga Ting. 4)
Fasilitator : 4 orang
Kehadiran ibubapa : >< 20 orang
Pengendali :
KMKY : Abg Chik & Abg Long
INTEAM : Abg Long & Ummi
MAM : Pak Long
Kini & Hijrah : Abg Chik
Pilot : Ummi
Videographer : Mak Sue

Syukur alhamdulillah, selesai satu lagi KBM yang sehingga saat akhir macam jadi tak jadi aje. Tapi setelah berbincang semasa sesi break ketika berKBM dgn SMK Ayer Molek, kami teruskan juga dan pasrah dgn apa yg bakal ditempuhi. KBM ini diusahakan oleh Abg Long yang merupakan ajk surau Tmn Bertam.

Adik2 sayang yang terpilih ke KBM Tmn Bertam Jaya.

Adik2 kasih & sayang yang terpilih ke KBM Tmn Bertam Jaya.

Ni bukan sesi INTEAM tapi sesi Menginteamkan peserta yang datang dari pelbagai background. Macam2 gaya ada bila mulut dah bisu....

Ibubapa yang hadir untuk sesi Meniti Angin Malam.

Ibubapa yang hadir untuk sesi Meniti Angin Malam.

Pihak KRJ mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak ajk Taman Bertam Jaya yang telah memberi kepercayaan kepada KRJ untuk bersama2 dengan anak2 selama satu hari setengah.  Semuga hubungan yang terjalin akan terus mekar dengan program-program yang lain.