Pembuka Kata Dari Xifu KBM

24 04 2008

Keindahan bersama mu .. namanya sendiri telah menggambarkan apa yang boleh diharapkan setelah melalui program ini, Keindahan Bersama mu ringkasnya KBM.

Program ini merupakan satu pengembaraan melihat peranan kita sebagai hamba Allah, melihat cinta kita dengan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, juga menyingkap hati kita merenung sejenak diri kita sebagai seorang anak, ibu atau ayah, teman, suami mahu pun isteri. Dalam kesibukan agenda harian, barangkali kita terlupa mahu pun terlalai untuk duduk menegur diri kita hinggakan barangkali hati hati yg tidak dimuhasabah seringkali boleh menjadi keras dan kita pula terus tertipu merasakan diri kita dalam keadaan selamat sedangkan maut menungggu kita pada bila bila masa sahaja. Kealpaan menghisab diri barangkali membawa diri kita akhirnya tidak terkesan hati apabila melihat segala ciptaan Allah, tidak teruja beramal apabila mendengar ayat ayat syurga Allah, lebih malang tidak pula gentar hati apabila mendengar neraka Allah dan lebih membimbangkan kita terus mengulangi kesilapan yang sama setiap hari, tambah menggerunkan tidak merasa berdosa apabila melakukan dosa.

KBM sebagai satu penerbangan akan membawa penumpang nya sama sama merenung sekeping hati yang Allah anugerahkan kepada setiap diri kita ada tak perasaan cinta pada Rasul itu atau kita merasakan biasa biasa saja. Tak tersentuh pun hati kita bila mendengar perkataan Rasul itu, apatah lagi cara hidup nya dan lebih besar lagi perjuangan Rasululah SAW.
Cinta pada Allah, Cinta pada Rasul kemudian baru lah cinta kita pada yang lain . KBM membawa kita merenung dan menghisab akan segala jawatan yang ada pada diri kita samada yang diperolehi, yang di cari, yang dianugerahkan, yang tidak boleh kita tolak merenung kesilapan dan meletakkan satu azam baru dalam memenuhi tempuh riben kehidupan yang belum pasti panjang pendeknya.
Tanpa mengira siapa anda, pelajar sekolah rendah atau menengah, pekerja, pengurus, pekerja dakwah, guru, penggerak surau dan masjid, yang belum Islam, aktivis politik, semua peringkat ini pernah melalui KBM. Satu program yang boleh diubahsuai untuk pelbagai peringkat kefahaman pemikiran, umur dan kedudukan dalam masyarakat.
Sekalung penghargaan buat semua yang telah bersama berjuang untuk menyumbang dalam program ini; tenaga, masa, wang ringgit, idea. Ya semua kita telah menyumbang tanpa mengharapkan apa apa imbuhan dan kepuasan kita ialah bila hidayah dan nur itu tersiram di atas setiap insan yg berKBM dengan kita itulah satu KEINDAHAN yg tidak terbayang INDAH nya.

Terima kasih kepada isteri ku yang sentiasa menyokong.Terima kasih kepada semua sahabat seperjuangan dalam Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang telah bersama; Pak Long, Pak Uteh, Pak Man yang menjadi pencetus utama peringkat awal program KBM ini.Juga rakan rakan di Johor Pak Tam, Pak De, Pak Anjang, Abu Nuha, Pak Im, Pak Kay, Pak Chu, Pak Ngah, Fidah, Rozita, Anie, Yatie, Ida, Mus, Yeop dan Bai yang telah sama sama memperkayakan modul KBM ini.
Bermula di Johor sehingga hari ni KBM telah pun bertapak di Perak, Melaka, Penang, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor.

Terima kepada semua rakan rakan yang sedang berjuang di negeri tersebut. SAYA SAYANG ANDA SEMUA.
Moga kita terus merasakan :

INDAH BERSAMA ALLAH
INDAH BERSAMA RASUL
INDAH BERSAMA KELUARGA KITA
INDAH BERSAMA TEMAN DAN SAHABAT.
TERUS MERASA INDAH DALAM PERJUANGAN KITA.

Tuan Haji Mokri Sabran@ Pak Lang
Khamis 24 April 2008
Pasir Gudang


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: