Memberi & Menerima, Jauh Beza

29 04 2008

Salam sesegar kautsar di kali syurga.

Salam indah buat semua.

Seronok sungguh kita pabila menerima sesuatu barang yang berharga dan indah dari seorang sahabat atau ibu ataupun ayah sebagai hadiah atau cenderahati.

Kebiasaannya kita dengan senang dapat menerka sebarang perasaan si penerima hadiah. Namun jarang pula kita mengetahui dan kurang memahami apakah motivasi kepada seseorang yang menjadi pemberi atau penyumbang kepada sesuatu kebaikan. Contohnya seperti memberi hadiah tadi.

Sifat memberi ini kurang dilihat oleh golongan masa kini sebagai suatu yang bernilai. Selalunya khalayak lebih suka menerima sesuatu itu secara percuma atau gratis.

Hakikatnya psikologi pemberi lebih kuat berbanding orang yang menerima sebabnya sifat memberi ini, Allah telah anjurkan selalu dalam pesananNya dalam kitab agung iaitu Al Quran.

Sememangnya manusia biasa hanya sekadar seronok dan gembira bila menerima sesuatu dengan mudah. Tapi suatu kenikmatan yang lebih berbanding itu adalah ‘kelazatan’ memberi kebaikan lebih besar kesan positifnya kepada jiwa dan pemikiran.

Sesungguhnya tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah.

Erti hamba pada memberi, pada memberi terukir makna.

Susunan oleh Abang Ejan


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: