Buat Anak Didik dari Guru-guru

14 05 2008

Assalamu’alaikum wa rahmatullah🙂

Selama 16 tahun menjadi guru, telah banyak puisi, pantun, gurindam, syair, nasyid yang dibaca dan didengar.

Terima kasih dan jazakumullahukhairan kepada anak-anak didik yang mencipta, mendendang, mendeklamasi dan menyanyikan segala gubahan dan luahan rasa kepada kami, guru-guru.

Harapan kami sebagai pendidik, suburkanlah kelebihan yang Allah kurniakan dengan iman dan taqwa. InsyaAllah, kesejahteraan di dunia dan akhirat bakal diperolehi. Tiada yang lebih gembira bagi seorang guru melainkan menerima berita bahawa anak didiknya menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara; memperjuangkan Islam, menghidupkan da’wah, hidup dan mati kerana Allah SWT.

Ingin Ummi kongsikan pantun dan puisi yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Puisi yang menjadi sumber inspirasi dan ubat ketika diri dihinggapi keletihan, kekecewaan, kesedihan dan ketika hampir putus asa dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pendidik. Puisi ini juga yang sering dibaca sebagai muhasabah diri apabila keikhlasan mula goyang dengan kerenah anak didiknya. Semuga menjadi inspirasi buat rakan2 guru dan panduan buat anak-anak didik yang disayangi…

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah Ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibukota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

(Usman Awang 1979)

Kepada insan2 yang pernah mengajarku erti kehidupan dan pengorbanan, memberi nasihat dan teguran, mengajarku erti kemanusiaan dan ketuhanan… terima kasih dan jazakumullahukhaira n katheera…. …

Ummi,
SM Teknik Kemaman (1992 – 1993)
SM Teknik Melaka Tengah, Bukit Katil, Melaka (1993 – 1995)
SM Teknik Melaka, Bukit Piatu, Melaka (1995 – kini)

Lawati weblog krj Melaka di krjmelaka.wordpress .com
Email kami di krjmelaka@gmail. com
(012 6590352)

oleh Ummi Kamariah


Tindakan

Information

10 responses

17 05 2008
Abg Uda

Abg Uda turut mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru yang pernah mengajar dan mendidik abg uda. Teringat guru-guru di SK Penaga (Cg.Ummi Kalthom, Cg.Hamdan, Cg.Azizah) dan SMKA Al irshad yang begitu berdedikasi menyampaikan ilmu tanpa mengira penat dan lelah.

Abg Uda juga amat tersentuh dengan kesungguhan guru-guru yang telah turut sama berusaha gigih dalam membantu menjayakan program-program Keindahan Bersama Mu khasnya untuk guru-guru di sekolah sekitar Melaka yang telah menaiki pesawat krj. Terima kasih cikgu.

Mudahan semua guru akan sentiasa di bawah rahmat Allah

SELAMAT HARI GURU

24 05 2008
nurul ashikin

hai…
umie…
ermmm tahnks ary tue dtg skola mad zin…
ermmm pas nie dtg la lgy…

25 05 2008
nurul alyani said

assalammualaikum buat ummi yang tercinta…….

hai ummi!!! harap ummi sihat…adik kasih rindu sangat kat ummi ngan smua fesi krj yang dtg kt smt md zin ari tu…adik kasih nak ucapkan thanks coz dtg and buat program tu untuk kami smua..memang banyak memberi keinsafan dan perubahan diri dalam diri adik kasih…mybe sblum ni memang ada program sebegini yang pernah adik kasih sertai tapi program krj ni betul-betul memberi kesan yang mendalam dlm diri adik kasih..alhamdulilah perhubungan adik dgan family semakin erat dan mesra…thanks a lot ummi…insyaallah kalau ada rezeki adik memang nak sertai krj..blh kan ummi??? sampaikan salam sayang buat smua fesi krj yang dtg di smt md zin aritu…akhir kata MAY ALLAH BLESS YOU ALL…WASSALAM

27 05 2008
Salahuddin Ibrahim

Aiyyak!! Apa pasal gambau Busu yang itu ada kat situ. Terpedayalah pengunjung2 blog ini. Huhu.. Itu gambau masa 23-24 tahun… Usia ahli syurga. Orang putih kata kalau rupa berubah2 ni “metamorphosis,” alaah macam rama-rama, ulat jadi kepompong dan jadik rama-rama yang cantik. Tapi Busu macam terbalik jee… huhu lagi!

Maaf ya Busu, admin di sini terbaca Blog Busu dan di sana ada gambar yang menarik dikongsi…terus saja saya ambil ia langsung dipapar ke mari. Harap Pembaca tidak ‘tertipu’.🙂

27 05 2008
Salahuddin Ibrahim

Punyalah terkojut unta Busu bila dapati gambau 17 tahun dulu diabadikan kat sini, sampai terlupa niat asal nak sharing…
Diperturunkan di sini lirik lagu “SELAMAT HARI GURU” yang Busu gubah 7 tahun dulu semasa mengajar di SMA As-Saiyidah Khadijah, Serkam. Sesuai untuk nyanyian ramai-ramai.

SELAMAT HARI GURU
Seni kata: Abu Imam
Seni lagu: Abu Imam

Sejak mula lagi
jasa kau taburi
di segenap generasi

dugaan rintangan
di kiri dan kanan
kau harungi dengan ketabahan

hai suluh budiman
menerangi watan
menjunjung amanah Tuhan

ilmu dan nasihat
‘kan tetap tersemat
digenggam sepanjang hayat

chorus:
Selamat Hari Guru
ucapan tulus dari hati
semoga guru-guru berbahagia
dan dirahmati Yang Maha Esa

Terima kasih, guru
di atas segala-galanya
biar subur mekar bakti murnimu
mengharumi generasi…

(ulang dari awal)

Kalau ada masa boleh jamming lagu nih…

p.s. Abu Imam tu pseudonym Busu untuk karya-karya seni (masa dalam “Pasrah” dulu pseudonymnya ‘Ammu Amirah.

28 05 2008
Abang Ejan

Wah kirimkan mp3 nya dalam emel Busu… kepingin mahu dengarin

28 05 2008
Salahuddin bin Ibrahim

Belum direkamin lagi dongg! Tunggu aja…

Busu – tengah mencari-cari ilham untuk gubah lagu bertema “memohon kemaafan daripada guru” dan rentaknya ala-ala sayu meleleh gitu – khusus untuk KBM (jika sesi untuk guru itu diadakan pd petang Sabtu KBM). Dekat SMTDSMZ hari tu nyanyi lagu Durrani je (tukau lirik sikit)..

29 05 2008
Ummi

Salam sayang semua,

hai nurul asyikin…
waalaikummussalamnurul alyani..

Ummi dan krj melaka turut gembira dapat bersama2 you all semua. InsyaAllah naik cuti ni Ummi akan ke sana lagi untuk perlaksanaan Quiz PKEE peringkat Negeri Melaka.

Dah beli dvd KBM SMTDSMZ tempohari? Kalau belum, boleh la order. InsyaAllah Ummi akan bawa sekali…

Jumpa disana ya…..mmmmuahhh!

15 12 2008
siti Aisyah binti aliman

assalamualaikum

saya pelajar smt bukit piatu , kalau duri mencalit luka , sesuci darah pasti menerpa , begitulah mengaharungi pancaroba kehidupan peuh berduka , disini saya ingin meminta sedikit naSIHAT UTK terus tabah mengharungi ujian yg menrpa

Rawan-rawan hati menawan, cantik-cantik tersilau mata, malam-malam qiam dirikan, buat jiwa siap siaga!

31 12 2008
ummi

Salam Siti Aisyah..,

Kenapa merawan berduka lara
membuat fikiran celaru sama
hati dan perasaan gundah gelana
badan pun nanti turut binasa

Perkara apa boleh Ummi bertanya?
agar nasihat diberi kene bicara
taklah kesasar tak tentu hala
menjadi diri lagi serabut adanya

Anakanda Aisya yang dikasihi,
Nasihat tak berani ummi nak beri
kerana diri sendiri pun masih perlu dinasihati,
Cuma mungkin sedikit perkongsian bagaimana merawat hati.

Ingatlah Allah, hati akan menjadi tenang
Itu nasihat dari AlQuran
Kerana DIA Yang Menjadikan
Segala makhluk semua dalam perhatian
Hati2 kita semua dalam genggaman
Kepada siapa lagi kita perlu menaruh harapan?
Pada manusia yang turun naik iman?
Pada haiwan yang tiada akal?
Fikiran yang waras akan memberi jawapan..
Hanya Allah sepatutnya kasih sayang dicurahkan..
Selangkah kita menghampiriNya,
Beribu, malah berjuta langkah DIA menaburi ni’matNya
Pada kita yang sering melupaiNya
Apatah lagi kalau kita mengingatiNya

Anakanda Aisyah dan juga buat alumni KBM yang dimuliakan,
Hidup ini adalah pengembaraan,
Siapkan segala bekalan, majulah ke hadapan,
Dengan doa, usaha dan tawakkal,
Sematkan dihati bahawa Allah sebaik peneman,
Kerana DIA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Tidak akan sia-sia bergantung kepada kuasa Tuhan,
Robbul’alamin,kekuasaanNya ke atas seluruh alam,
Tiada sesuatu pun terlepas dari pandangan,
Baik yang rahsia mau yang zahir,
semuanya dalam perhatian…

Allah, itulah kekasih kita…
Dulu, kini dan selamanya..
Tidak pernah Dia meninggalkan kita.
KepadaNya lah kita tumpahkan segala duka dan bahagia..
InsyaAllah….ketenangan yang dicari akan menjelma.

Salam sayang penuh kasih dari Ummi KRJ Melaka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: