Cuti Sekolah, ‘KITA’ = Event Manager

4 06 2008

Assalamu’alaikum wa rahmatullah -)

Kebiasaan anak akan bertanya, “Apa yang akan kita buat waktu cuti sekolah nanti ayah (atau ibu)?”. Si ayah atau ibu yang kurang periksa akan tergamam atau menjawab dengan bersahaja, “Duduk lah kamu di rumah ulangkaji apa yang patut.” Si anak memuncungkan bibir.

Sebaliknya, ayah atau ibu yang proaktif pula menjawab, “Ha, itu kamu jangan risaukan, ayah dan ibu dah rancangkan program menarik untuk kita sekeluarga”. Si anak tersenyum tahu kedua orang tuanya punya agenda ’surprise’ untuk dirinya.

Ada perbezaan bagi kedua-dua situasi tersebut.

Jikalau ini tidak berlaku atas sebab yang kritikal. Mungkin anda si pembaca yang menyandang tanggungjawab selaku ahli keluarga iaitu sebagai abang, kakak, adik, pakcik, makcik yang berkelapangan dan kreatif, ciptalah suasana yang meriah di rumah atau adakan aktiviti menarik seperti melancong jika punya wang lebih. Boleh juga disemarak dengan aktiviti gotong royong mengecat dan mengemas rumah, membersih semak di ladang dusun datuk nenek ataupun adakan projek rumah seperti mengumpul bahan kitar semula untuk jualan.

Ha soalan di atas tadi bukan sahaja ditanyakan pada golongan ibu dan ayah, malah pada mereka yang muda remaja.

Bertanya pada si pemandu bas, “Kamu, cuti sekolah ini mahu buat apa? Ada perancangan untuk diri dan keluarga?” Biasanya di waktu cuti sekolah inilah, semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama. Pakcik jika boleh mahu bersama dengan keluarga waktu cuti ini. Tapi apakah daya, rezeki bekerja lebih utama untuk keluarga. Cuti panjang susah nak minta.”

Anak muda yang duduk di kerusi penumpang hanya membisu, sedikit pelik dengan pertanyaan pemandu bas tadi. Tak sangka pemandu bas pun ada rasa sebegitu.

Ha, sebenarnya semua orang mahu bersama dengan orang tersayang, terutama dengan keluarganya.

Pelbagai perkara dapat dilakukan sewaktu cuti sekolah. Bukan hanya terpaku di depan komputer atau menonton video filem dan menambahkan jam tidur sebagai alasan ganti tidur yang kurang akibat pengurusan culas kita.

Amat penting hubungan sesama keluarga dipupuk. Ada bahasa indah dapat dipelajari dari kehidupan bersama keluarga. Ianya hanya mungkin sekali seumur hidup. Bayangkan pula mereka yang tidak punya keluarga dan sanak saudara untuk berbual. Tiada orang untuk dipanggil anak atau anak saudara. Atau juga tiada insan yang boleh diteriak datuk atau nenek.

Bersyukurlah dan rancanglah untuk bahagia!

Abang Ejan


Tindakan

Information

One response

9 06 2008
puteri

ckitnye bhan yg ader dil web nie,,,skola teknik muhd zin nye gmbr maner??

Ya masih sikit, dalam bikinan, sementara itu kami amat harapkan perkongsian adik-adik🙂 tambahan Puteri boleh dapatkan gambar program di sidebar kanan bertanda Photos dan klik more photos , ianya dipautkan kepada flickr.com, Harap maklum…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: