JOM TAJAMKAN MINDA!!

16 06 2008

Assalamu’alaykum dan salam sejahtera…

Pernah tak sesekali terasa macam lambat “pick up” atau kekadang terasa otak kita ni payah nak berfikir dan bertindak dengan pantas? Mungkin perkara ini ada kaitannya dengan tahap IQ atau Intelligence Quotient. 

Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa orang yang mendapat markah IQ yang tinggi  mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik, hidup lebih lama, cepat belajar dan percaya atau tidak, mempunyai ketinggian yang melebihi individu yang mendapat markah IQ yang rendah (Orang tinggi ni IQnya berpotensi untuk tinggi juga rupanya).

Pun begitu, tinggi atau rendah tahap IQ anda bukanlah penentu kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Semuanya terletak pada kemahuan dan keyakinan diri sendiri. Bak kata pepatah orang putih Attitude determines the altitude” yakni tingkahlaku menjadi penentu di mana letaknya diri sendiri. Oleh itu, jom kita berusaha tingkatkan daya berfikir dengan mencuba beberapa latihan yang dapat menguatkan ingatan dan menajamkan minda. Latihan ini boleh dilakukan pada masa lapang atau ketika sedang membuat aktiviti seharian di mana sahaja.

 

.:: LATIHAN MENINGKATKAN DAYA INGATAN ::.

 

Hafal satu senarai tugasan seharian yang hendak dibuat. Boleh jadi ada 10 atau lebih item yang hendak dibuat dalam hari tersebut. Katakan bermula daripada perjalanan ke perpustakaan. Cuba hubungkan antara item-item tersebut dengan satu lokasi menggunakan minda misalnya: dalam perjalanan ke perpustakaan singgah ke kedai beli suratkhabar, beli nasi lemak di warung, telefon teman di perhentian bas dan sebagainya.

 

Kemudian cuba tanya kembali pada diri sendiri soalan seperti berikut: Apakah item selepas beli suratkhabar? Apakah item sebelum telefon teman? Warung berada di item yang keberapa? Apakah item yang kelima dalam senarai anda? Dan seumpamanya.

 

.:: TINGKATKAN DAYA SEPARA SEDAR ANDA ::.

 

Cuba berjalan sekeliling rumah anda dengan keadaan mata tertutup (sebaik-baiknya latihan ini dilakukan berteman!). Kemudian duduk di atas kerusi dan mulakan semula kembara anda mengelilingi rumah tapi kali ini cuma bayangkan menggunakan mental. Visualkan setiap gerak langkah yang diambil.

 

Ataupun anda boleh letakkan 12 jenis barang di atas dulang dan hafalkan lokasi setiap barang tersebut. Kemudian minta teman anda alihkan beberapa barang. Setelah itu cuba teka apakah barang-barang yang dialihkan tadi.

 

.:: BERMAIN DENGAN NOMBOR ::.  

 

Lakukan latihan ini setiap hari: Kira jumlah harga barangan yang dibeli semasa beratur di kaunter sebelum membuat bayaran, anggarkan kuantiti barangan atau orang ketika melalui sesuatu tempat misalnya bilangan orang yang menunggu giliran di bank atau bilangan pokok besar di taman. Sentiasa melatih minda anda berkira-kira dan bermain dengan nombor akan memperbaiki kecekapan pengiraan matematik anda.

 

 

 

 Selamat Mencuba!!

Kak Irda
KRJ Melaka

 

Disunting daripada artikel “New Ways To Boost Your Brainpower”, Reader’s Digest, January 2008


Tindakan

Information

2 responses

18 06 2008
Pak Long Melaka

Syabas Kak Irda! Pak Long rasa semua orang boleh buat exercise ni. Pak Long masa kecil dulu selalu bila mak suruh pergi kedai beli barang, akan cuba hafal barang apa dan berapa banyak yang kena beli. Tak sangka pulak ianya satu exercise minda kita…

19 06 2008
Kak Irda

Betul tu Pak Long…Yang baiknya kita kena latih minda/otak untuk sentiasa aktif meskipun sedang berehat. Misalnya sambil-sambil rehat tu boleh cuba buat Sudoku (isi nombor dalam petak 9×9) atau membaca buku motivasi/novel yang boleh membuatkan kita berimaginasi dengan kreatif. Kalau Pak Long ada masa lapang, cuba pula buat latihan ni: Sebut abjad-abjad A,B C hingga Z dan kemudian cuba sebut abjad-abjad tersebut dalam keadaan terbalik semula (dari Z hingga ke A)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: