Tips membuat ulangkaji.

17 06 2008

Apa khabar semua? Rasanya anak-anak kasih dan sayang sedang berusaha bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi SPM. Banyak lagi tajuk yang perlu dihabiskan.  Mak Sue ingin nasihatkan:

1.  Beri tumpuan yang sepenuhnya sewaktu dalam kelas. Dengar apa yang diajar oleh guru.

2.  Buat latihan secukupnya.  Kata pujangga: “I see I forget, I hear I remember, I do I understand.”

3.  Selalu berjumpa guru dan bertanya soalan.

4.  Berbincanglah dengan kawan tentang tajuk yang anak-anak dah baca.  Berlatih menerangkan apa yang telah dibaca kepada kawan, macam jagi cikgu la..  Cikgu pandai sebab selalu cakap depan anak murid.

5.  Cuba amalkan beberapa perkara yang disebut di bawah ini untuk menambahkan ingatan kita.

Pertama: Jauhi maksiat. Hati / minda menjadi gelap dengannya.
Kedua: Jangan abaikan ibadah wajib. Kemudian banyakkan zikir.
Ketiga: Tanamkan minat yg mendalam terhadap ilmu. Minat memudahkan urusan.
Keempat: Ulangi dan ulangi seperti surah Fatihah yang kita ulang ulangi.

Mak Sue ada satu berita baik bagi anak-anak yang mengambil subjek Fizik.  Sila layari blog mak sue, Fizikmozac.  InsyaAllah banyak panduan berguna tentang Fizik seperti nota, modul, soalan SPM.


Tindakan

Information

One response

18 06 2008
Pak Long Melaka

Wah Mak Sue, cukup cantik ni. Pak Long harap semua anak-anak kasih dan sayang dapat manfaat dari blog Maksue secara percuma!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: