EMI’ 08 BEST!!

19 06 2008

Alhamdulilah, pada 25 hingga 27 April 2008, Jumaat hingga Ahad, kami dari alumni KBM Sek Men. Teknik Melaka telah mengikuti program Eksplorasi Menara Ilmu di Kem Sri Raudhah Gombak dan kampus UIAM. KRJ Melaka telah menghantar wakil seramai 10 orang iaitu:

1. Ammar Bin Zainal                       6. Khairul Nizam Bin Mahmud

2. Muhammad Fahmi Bin Salleh     7. Muhammad Farid Bin Idris

3. Muhammad Hafifi Bin Hamzah  8. Nur Muhaimin Bin Ibrahim

4. Nor Afidah Binti Nordin             9. Nor Asyikin Binti Attaman

5. Nur Atikah Binti Omar             10. Nurul Syaza Binti Omar

Kami telah bertarung seawal dari Melaka lagi. Berlaku sedikit kekeliruan di stesen bas sehingga kami ketinggalan bas. Sebahagian daripada kami berjaya mengejar bas hingga ke tol Ayer Keroh tetapi sebahagian lagi terpaksa menahan bas tersebut di lebuhraya!

Aktiviti yang dijalankan pada 3 hari tersebut sangat padat.

Waktu pagi pada hari pertama diisi dengan aktiviti berkenalan bersama fasi dan ahli-ahli kumpulan. Waktu tengahari hingga petang pula diisi dengan aktiviti bersama fasi dan kumpulan. Pada waktu malam diadakan pula forum dengan tetamu jemputan iaitu Kak Naziha dari UKM, Bro Khairul dan Kak Mariam Jailani dari UIA. Antara pesan mereka yang masih kami ingat ialah:

  • Ambil masa untuk sentiasa memuji Allah
  • Bahagikan sama rata antara belajar dan aktiviti luar.
  • Sekolah tidak sama lagi seperti matrikulasi dan ipt.
  • Tidak semua pelajar yang cemerlang di sekolah boleh cemerlang di ipt.

Semua yang disampaikan amat berguna kepada kami sebagai persediaan menghadapi cabaran di matrikulasi dan ipt.

Hari kedua dipenuhi dengan aktiviti outdoor yang menyeronokkan seperti Tafakur Alam Rimba di sebelah pagi manakala aktiviti Cergas Cetus Cerdas dijalankan pada sebelah petang.

Aktiviti indoor iaitu forum Persimpangan Cinta & Cita sangat kami hayati. Pesan Mak Cik Rosmawati yang kami masih ingat ialah cinta yang terbaik ialah:

  • pertama, pada Allah
  • kedua,pada Rasul dengan cara mengikut sunnahnya
  • dan terakhir kepada kedua ibu bapa.

Program Taa’ruf Karisma memberi peluang kepada kami mengenali KARISMA dengan lebih mendalam. Majlis ditutup dengan acara yang sangat menarik iaitu Malam Nurani Intepretasi Seni. Ada bermacam tajuk persembahan dan pemilihan dilaksanakan dengan cabutan undi. Antara tajuk persembahan ialah sinetron, wayang kulit, dikir barat, boria dan pentomen berbagai loghat.

Aktiviti berjalan dengan lancar sekali. Yang paling best ialah fasi-fasi sangat sporting kerana sanggup menerima permintaan kami untuk membuat persembahan walaupun tanpa persiapan dan persedian.

Hari terakhir kami pula dipenuhi dengan ceramah-ceramah oleh mereka yang disegani seperti Dr. Hafidzi Mohd

Noor dan Prof. Madya Dr. Harlina Harliza Hj. Siraj.Dr. Hafidzi memberi kami banyak pengetahuan tentang misi mahasiswa muslim yang sebenar. Beliau mengingatkan kami untuk sentiasa mengingati Allah disamping menumpukan pelajaran di IPT nanti.

Selain itu, Dr. Harlina turut menyedarkan kami akan cabaran yang perlu dihadapi oleh remaja pada masa kini dan kami juga sedar bahawa musuh ketat kami adalah kejahilan kami sendiri.Beliau juga menghiburkan kami dengan sebuah cerita Inggeris tentang peperangan antara orang bukan Islam dan orang Islam. Dalam cerita itu ditonjolkan bahawa umat Islam sentiasa menginginkan perdamaian dan ada juga orang Inggeris menjawab salam tanda menghormati umat Islam. Beliau juga berpesan kepada kami supaya kami kembalikan keagungan dan kemuliaan ummah yang wujud lantaran aqidah yang sahih dan mantap!

Semua yang disampaikan penceramah dari hari pertama hingga ke hari ketiga amat berguna. Fasi-fasi juga sangat mesra dan bertanggungjawab.

Antara komen atau pandangan dari peserta-peserta Melaka EMI’08:

Daripada Program EMI, saya dapat memahami situasi belajar di universiti. Saya dapat juga menangani kejutan budaya dan dapat berdikari.Dalam masa yang sama saya sentiasa ingat pada Allah. (Khairul Nizam Bin Mahmud. Sekarang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan)

Program EMI memberi banyak kesan kepada saya terutama slot bersama penceramah yang hebat-hebat belaka.Disamping itu ia mengeratkan lagi hubungan saya dengan rakan-rakan dari seluruh Malaysia.Program EMI memang best! (Nor Afidah Binti Nordin. Sekarang melanjutkan pelajaran di Form 6, Sekolah Menengah Tun Hj Abdul Malek dalam Pengajian Perniagaan)

Melalui EMI, saya dapat belajar dengan lebih mendalam kehidupan sebenar di IPT.Selain itu,aktiviti yang diadakan sangat menarik dan bagus untuk saya melangkah ke IPT nanti.Oleh itu tidak rugi bagi saya menghabiskan masa untuk program ini. (Nur Muhaimin Bin Ibrahim.Akan melanjutkan pelajaran di Kolej Politek MARA di Bangi pada 1 Julai tahun ini dalam Diploma Perniagaan.)

Program EMI sangat bagus.Bukan sahaja aktivitinya yang hebat tetapi juga fasi-fasi yang baik.Mereka mengajar saya cara yang lebih baik untuk belajar di IPT nanti.Selain itu saya juga belajar bekerjasama dengan orang yang kita tidak kenali.Semua aktiviti EMI memang bagus. (Muhammad Fahmi Bin Salleh.Masih menunggu panggilan IPT)

Banyak yang saya pelajari dari program EMI.Pengalaman yang tidak saya lupakan ialah berjihad iaitu semasa aktiviti tafakur alam rimba.Selain itu,forum Persimpangan Cinta & Cita sangat menarik dan bagi saya sangat berguna.Selain itu,dengan adanya fasi yang mesra membuatkan aktiviti bertambah ceria dan best giler.. (Nur Ashikin Binti Attaman.Masih menunggu panggilan IPT)

Dalam mengikuti program EMI,saya sudah lebih bersedia untuk menghadapi situasi dan cabaran di IPT.Selain itu,silaturrahim antara kami pelajar dari seluruh negeri dapat dikukuhkan.Semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar dan sangat best! (Nurul Syaza Binti Omar. Akan melanjutkan pelajaran di Universiti Tenaga Nasional dalam Asasi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada 28 Jun ini)

Bagi saya program ini ok cuma selitkan sedikit lagu,video atau hiburan untuk memeriahkan lagi program ini.Panjangkan lagi masa untuk sesuatu aktiviti.Walaubagai manapun,saya dapat mengetahui cabaran yang menanti di IPT dan cara mengatasinya. Saya juga sedar bahawa ilmu yang bermanfaat adalah sentiasa mengingati Allah.Saya juga dapat mengetahui misi mahasiswa dan peranan pemuda sebagai penjunjung agama! (Muhammad Farid Bin Idris.Masih menunggu panggilan IPT)

EMI adalah program yang lain daripada yang lain.Saya sangat beruntung menjadi salah seorang peserta program ini.EMI best! (Nur Atikah Binti Omar. Sedang meneruskan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka)

Program yang bagus terutama untuk pelajar yg tidak tahu hala tuju. Aktiviti seperti mendaki gunung melatih peserta untuk sentiasa ingat pd Allah, semangat setiakawan selain memberi cabaran mental dan fizikal. Kene pandai pilih kawan bila masuk U supaya dapat kawan yang boleh bawa kita mengingati Allah. ( Muhammad Hafifi bin Hamzah. Akan meneruskan pelajaran samada di UTeM atau Politeknik Merlimau dalam bidang Kej. Elektronik)

Best…cuma ketika solat di hutan maybe boleh sediakan tikar atau apape..ada beberapa fasi tidak tunjukkan contoh yang baik. Teruskan program ini tetapi perlu perbaiki, gunakan lebih banyak teknologi multimedia untuk presentation. (Ammar Zainal. Akan meneruskan pelajaran samada di UiTM Pulau Pinang dalam bidang Kej. Elektrik Peralatan)

Akhir kata, kami berpuas hati mengikuti program ini. Diharap program ini dapat diteruskan untuk pelajar-pelajar lepasan SPM akan datang..!!

Hasil nukilan:

    Nurul Syaza Omar
    Alumni KBM
    SMT Melaka.
    Bukit Piatu, Melaka.

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: