Apa ada pada SATU mata?

30 06 2008
Pada hari Khamis bersamaan 26 h Jun, Ummi ke SM Teknik Datuk Seri Mohd Zin (SMTDSMZ) mengiringi (juga sebagai salah seorang hakim) pelajar ke pertandingan Quiz m/pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKEE) Peringkat Negeri Melaka. 4 orang peserta (anak didik ummi yang juga alumni KBM) naik kereta bersama Ummi ke SMTDSMZ.  10 orang penyokong mengekori kami dengan van sekolah SM Teknik Melaka.
Memanglah, target seorang guru mahu sekolahnya menjadi johan.  Sepanjang perjalanan.. ..weng, weng, weng…Ummi brainwash memory dorang ni dengan fakta2 PKEE.  Sesekali ummi selitkan juga motivasi agar naik semangat untuk menjuarai pertandingan ni…tentang niat dan matlamat, imej dan harga diri…bla.. bla..bla. …  Ummi selitkan juga ‘ugut sayang’….. (kalau kalah, balik jalan kaki…he..he. ..).  Bertambah rancak dorang berbincang fakta2 PKEE tu dalam kereta… Ummi senyum dalam hati…sebab dorang ni taklah bersemangat belajar macam ni bila menghadapi Ujian Pengesanan Setengah Tahun baru2 ni…  Hmmm….kene ada ‘ancaman’ baru motivated kut….
Pusingan pertama, Teknik Melaka mendahului.  Pusingan Kedua, Teknik Melaka tetap mendahului.  Pusingan ketiga SMTDSMZ mendahului!  Alamak!  Apa sudah jadi?  Waktu break, ummi pesan lagi kat dorang ni…..malu tau kalau kalah….sebab SMTM adalah yang terbaik dikalangan sekolah Teknik di Melaka….Tension dorang!  Ummi happy jer….bukan aper….saje menyakat dorang….kekadang seronok tengok reaksi dorang bila tension & cemas….he. .he… Kalau kalah pun, ummi tak terkilan sebab dorang dah berusaha semampu nyer….(ummi ni sebenarnyer baik tau….. :))
Selepas break, SMTDSMZ tetap mendahului sebanyak 2 mata.  Ummi bagi isyarat dari jauh, dua jari berjalan atas meja menandakan ada orang akan balik jalan kaki…..dorang senyum pahit dari meja peserta…..
Tibalah soalan terakhir…. .(masa tu SMTDSMZ masih mendahului 2 mata).  Nak dijadikan ceriter, SMTDSMZ membuat kesilapan menggunakan rumus menghitung ‘Total Inductance’.  Believe it or not!  SMTM menjuarai pertandingan dengan kelebihan 1 mata sahaja!!  Isyy…….SATU mata? Elehh……apa ada pada SATU mata?  Dah tentu disebut sambil mencemik bukan?
Apa ada pada SATU mata? Banyak!!!!!! !!!!!!
1.  Dengan SATU mata anda boleh dinobatkan sebagai juara!
– itu yang jadi pada SMTM!
2.  Tanpa SATU mata anda turun takhta, jadi second best, dan dinobatkan kalah!
– itu yang jadi pada SMTDSMZ!
3.  Dengan SATU mata/markah, anda boleh lulus peperiksaan!
– Ini boleh terjadi dalam peperiksaan SPM nanti…..
4.  Tanpa SATU mata/markah, anda boleh gagal dalam peperiksaan!
– Ini juga boleh terjadi dalam peperiksaan SPM nanti……
5.  Dengan SATU mata/markah, gred anda boleh meningkat dari B3 ke A2
– Ini yang biasa terjadi dalam banyak peperiksaan. …..
6.  Tanpa SATU mata/markah, gred anda boleh jatuh ke tahap yang lebih rendah! dan mungkin GAGAL!
– Ini juga biasa terjadi dalam peperiksaan. …(markah 39/100…..alahai. ..lagi SaaaaaaaaTUH jer….isyy. ….)
Anak2 kasih dan sayang yang dekat dihati Ummi,
Pengajarannya ialah…..jangan pandang remeh akan SATU mata, atau SATU markah, atau SATU saat, atau SATU jam, atau SATU hari, atau SATU tahun dalam kehidupan anda!  Baaaaaaaannnnyak perkara boleh terjadi!!  Maka, manfaatkan lah SATU dalam hidup anda dengan sebaik2nya.. ..supaya tidak menyesal di kemudian hari….
Cuba kita hayati kisah seorang pemuda yang membunuh 100 manusia di bawah…
Ada seorang pemuda yang membunuh 99 orang manusia.  Lalu dia mencari orang yang paling alim untuk bertanya.  Ditunjukkan padanya akan seorang pendita. Pemuda itu bertanya kepada pendita bahawa dia telah membunuh 99 orang manusia, masih dapatkah dia bertaubat kepada Tuhan?  Pendita itu menjawab,”Tidak” .
Pendita itu pun dibunuhnya, sehingga genaplah 100 orang yang dibunuhnya.  Lalu dia mencari lagi orang yang paling alim di permukaan bumi ini.  Ditunjukkan padanya akan seorang paling alim (banyak pengetahuannya) .  Dia pun berkata bahawa dia telah membunuh 100 orang manusia, masih dapatkah dia bertaubat kepada Tuhan?  Orang alim itu menjawab,” Dapat dan tiada satu halangan bagimu untuk bertaubat.”  Tetapi orang alim itu menasihatinya untuk pindah ke negeri tertentu, kerana di negeri itu ramai manusia baik-baik yang selalu beribadat menyembah Allah, dan disuruhnya pemuda itu agar beribadat bersama-sama  mereka itu.  Dilarang pemuda itu kembali ke kampungnya kerana kampungnya itu ramai orang jahat.
Pemuda itu pun berangkatlah meninggalkan kampung halamannya menuju ke negeri yang ditunjuk itu.  Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba pemuda itu meninggal dunia…
Lalu bertengkarlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab mengenai orang itu.
Berkata Malaikat Rahmat, ” Orang ini matinya dalam keadaan bertaubat sedang menghadapkan seluruh jiwa kepada Tuhan.”  Berkata pula Malaikat Azab, ” Orang ini tidak ada kebaikannya sedikit pun.”
Tiba-tiba turun satu Malaikat lain berbentuk manusia biasa.  Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab Yang bertengkaran itu mengangkat Malaikat ini menjadi hakim antara mereka. Malaikat ini memerintahkan untuk mengukur jarak antara tempat kematian itu dengan tempat yang dituju dan tempat asalnya. Ke tempat mana ia lebih dekat, maka itulah yang menentukan samada orang ini milik Malaikat Rahmat atau Malaikat Azab.
Setelah diukur, ternyata lebih dekat SELANGKAH ke tempat yang dituju.  Maka orang itu dibawalah oleh Malaikat Rahmat (masuk syurga tentunya).
Jadi dengan SATU langkah anda boleh memiliki syurga!
Lu pikir la sendiri….. ….. :))
Setakat ni dulu…tada. ..
Ummi,
KRJ Melaka
012-6590352

Tindakan

Information

One response

1 07 2008
pak im

tahniah…SMTM juara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: