Anekdot (catatan lucu) sejak kehamilan itu disahkan…

5 08 2008

Salam. Entah kenapa, semenjak dua menjak ni Busu lebih menyenangi catatan ringkas sesuatu peristiwa untuk dikongsi bersama. Untuk kalangan rakan-rakan aktivis KBM, Bus selalu kongsikan beberapa pengalaman lucu (anekdot) ketika ber-KBM di sekitar Melaka. Sehinggakan Abang (Hafiz) Bai kamu pun bila telefon, “Busu Anekdot?” jadi pembuka bicara beliau…

Untuk catatan kali ini Busu ingin kongsikan anekdot dari gelagat anak-anak bujang Busu apabila Mak Busu Melati disahkan hamil lagi. (almaklum, kehamilan2 terdahulu anak2 masih kecil sangat!)Doakan agar puteri (insyaAllah) Busu selamat dilahirkan dan Busu Melati pun sihat dengan kelahiran itu…. AMIIN!

 Anekdot 1

 

Ketika mula-mula Busu Melati disahkan hamil, Iman ‘Ammar (anak sulung,11) ambil test kit tu dan tanya Busu apa maksudnya. Setelah dijelaskan, dia melonjak gembira “seronoknya! seronoknya!” .

Keadaan itu menzahirkan rasa ingin tahu Iman ‘Imran (anak ketiga,6). Dia terus ambil test kit itu dan membelek-belek test kit yang bisu tu… Dengan nada hampa, dia bersuara “Adik tak rasa seronok pun tengok benda ni. Kenapa abang pulak seronok? Kenapa bang?” Si Abang terus jawab, “Adalah..” membiarkan adik terpinga2. Almaklum, ‘Imran tu umpama Radio Malaya… tak pasal-pasal jadi isu nasional pulak lepas tu.

 

Anekdot 2

 

Setelah beberapa bulan, isu kehamilan Busu Melati masih hangat di kalangan anak2. Suatu petang, ibu mertua Busu sibuk menerangkan laman. Iman ‘Imran pun turut serta.

 

Apabila “ibu mertuaku” itu memindahkan pokok lidah jin dari polybag ke dalam pasu.

 

‘Imran tak membuang masa bertanya, “Apa pasal pulak nenek alih-alihkan pokok (yang)Abi (beli) tu?” Neneknya menerangkan. “Pokok tu makin besar, tu… tengok. Dah beranak-anak keluar plastik!” 

 

‘Imran pun keluarkan soalan cepumas (dengan muka innocentnya tu), “Beranak? Bila dia mengandung?” 

 

Terbahak-bahak nenek ketawa dan terus menghentikan kerjanya… ‘Imran terus terpinga2.

 

 

Anekdot 3

 

Iman ‘Adi (anak kedua, 9) yang tidak banyak bercakap tetapi agak obses dengan watak-watak adiwira (superheroes) . Sesekali bercakap pula, keluar bahasa buku (skema!). Baru2 ini dia buat statement pada ‘Imran yang Ustaz-ustaz pun ber”kuasa”.. Bila ‘Imran tanya, Busu iyakan saja… (adalah kuasa ustaz kat mana2) 

Tetapi, sehari dua yang lepas, sedang kami sekeluarga berehat2, secara tiba2 sahaja Iman ‘Adi bersuara dengan nada seolah2 mengisytihar sesuatu, “Ummi berkuasa!!!”

Terkejut kami semua. Umminya terkekeh2 ketawa sambil bertanya, “Apa kuasa Ummi, Di?”

Jawapan beliau, dengan nada yang sama tinggi seperti sebelumnya, “Ummi berkuasa melahirkan anaak!”

Nyaris2 saja Busu tertelan biji rambutan mendengar statement luar jangka tu… Anak bertuah!

 

 

Wassalam.


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: