Semoga Berjaya Dalam SPM

23 11 2008

Kami team KRJ Melaka mendoakan agar semua pelajar umumnya dan alumni KBM khasnya selamat menjalani perperiksaan SPM yang sedang berlangsung. Semoga segala usaha selama ini akan dapat dituai seusai keluarnya keputusan SPM kelak.

Insyaallah kami semua berdoa akan mendengar berita yang amat menggembirakan dari sekolah sekolah yang pernah kami santuni seperti Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka Tengah, Jasin, Alor Gajah, sekolah Men Munshi Abdullah, sekolah menengah Tun Perak dan tak lupa  Sekolah Men Sains Muzaffar Syah.

Alhamdulillah kami telah menerima ucapan terima kasih dan tahniah dari mantan Pengerusi PIBG Sekolah Keb Sg Udang baru baru ini atas kejayaan sekolah tersebut mencapai peningkatan yang membanggakan dalam keputusan UPSR baru baru ini. Diberitakan seramai 20 orang telah mendapat 5A dalam semua mata pelajaran. Beliau berkata bahawa antara sebab atau faktor melonjaknya keputusan itu adalah kerana Program Menyemai Kasih Menuai Sayang yang telah dijalankan seminggu sebelum peperiksaan bermula. TAHNIAH dari kami.

Insyaallah kami berasa yakin dan berdoa agar berita seumpamanya akan kami dengari semasa pengumuman keputusan PMR dan SPM kelak.

Salam dari Abang Lang


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: