29 11 2008

Manusia ,malaikat , syaitan

Manusia – Eh, dah subuh dah?
Malaikat – bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu …
SyaitanAlahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nieii..zzzzzzzz

Manusia – Nak makan, laparlah..
Malaikat – Wahai Adam, mulakanlah dengan Bismillah
Syaitan Ahh, tak payahla… dah lapar ini!! mmm..sedapnyaaaa..

Manusia – Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan – Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia – Alamak, dah lewat!
MalaikatBersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke sekolah..
Syaitan – Ahhh..awal lagi..mmm..aaahh..ponteng jer lahh….

Manusia – Azan sudah kedengaran…
Malaikat – Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan..
Syaitan Baru pukul berapa…rilex lah..awal lagi nieii..

Manusia – Eh, eh… .tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat – Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan – Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia – Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat – Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang..lantaklerr..

Manusia – Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat – Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
SyaitanSendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2…pandai2lerr..

Manusia – aku telah berdosa..
Malaikat – Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampu.
Syaitan Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat).

Manusia – Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat – Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…ayoohhh!!!

Manusia uuhhhletihnya arini..tak solat lagi nieee..                              
Malaikat – Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu…

Anak2 Kasih & Sayang yang dirahmati Allah.

Sekarang anda hanya ada dua pilihan…

samada memilih untuk syaitan menang..

atau malaikat menang!

Ayuhh!!..Jangan kita termakan pujukan syaitan durjana!!

Hidup kita pasti merana!!!


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: