Laporan Bergambar Abg Lang di Padang, Indonesia…

23 10 2009

Dipetik dari web JIM Melaka :

Salam Perjuangan….

Alhamdulillah pada 13 hingga 15 Oktober yg lalu, ana dan akhi Aidil Akhbar (JIM KL) telah diamanahkan oleh JKPA dan JIM Media untuk menjayakan Misi Kasih Padang 2 (MKP 2). Ia bertujuan bagi menyediakan bahan presentation untuk persedian Majlis Amal Nusantara (MAN 09) yg dijadualkan pada 17 Oktober.

Syukur kepada Ilahi atas kurniaan masa, tenaga dan kelicinan segala urusan yg memungkinkan perjalannan ini ditangguh atau dibatalkan (ana secara peribadi mendapat arahan ke sana pada jam 10am sehari sebelum berangkat, dgn ketiadaan pasport antarabangsa dan persediaan yg tak seberapa).
Walupun ada ketika, cabaran yg dihadapi begitu menguji tahap kesabaran dan keimanan kami (insyaallah akan dikongsikan dalam artikal dari Melaka ke Padang buku Risalah Pemimpin 10). Itu pun bergantung kepada kesempatan mengejar date line yg begitu menekan.

Sedikit gambar bagi menceritakan perjalanan Misi Kasih Padang 2 ini…
Bergambar kenangan sebelum berlepas menaiki pesawat AK 470 Air Asia..
Gambaran dari udara bentuk muka bumi Padang yg berbukit bukau dan tebaran rumah kediaman yg menyukarkan misi bantuan sampai secepatnya.
Bersama diiringi oleh Pak Suryama (Pengerusi PKPU dari Jakarta) dan Pak Faridsyah (Ketua Cabang PKPU Padang) dibelah kanan.
Bergambar kenangan bersama wakil Helping Hand USA (Brother Irfan) disebalah kiri ana dan Vice Mayor Padang (H. Mahyeldi) disebalahnya selepas perbincangan matlamat misi kami dan harapan serta bantuan yg diperlukan oleh pihak berkuasa Padang. Kami dijamu dan dijemput bermalam dirumah beliau.
Antara gambar bantuan barangan keperluan yg dihulurkan….
Ketua MKP 2, saudara Aidil menyerahkan wang berjumlah RM20k kepada Pak Suryama
Keperluan mendesak buat masa ini adalah pembinaan semula sekolah yg musnah selain rumah ikhwah dan akhawat yg terkesan dek gempa tempoh hari. Gambar disalah sebuah sekolah darurat yg dibina.

Insyaallah ana sedang menyiapkan laporan dalam bentuk video (termasuk interview dgn beberapa mangsa gempa) dan akan dikongsiakan dgn semuanya melalui saluran yg sepatutnya…

RM20k yang disumbangkan itu hanya mampu membina sebuah sekolah darurat sahaja. Mengikut kiraan PKPU, terdapat 50 buah sekolah perlu dibina dibawah kawasan perkhidmatannya. Setakat ini, hanya 12 dari 50 itu telah siap dibina dan digunakan.

Semoga perjalanan selama 3 hari dan sedikit usaha yg disumbangkan ini akan memberikan kesedaran kpd kita semua bahawa hubungan ukhuwah sesama islam itu merentasi sempadan negara, parti, agama dan sebagainya. Tak tergambar oleh fikiran bagaimana keadaan mereka sewaktu kejadian dan bagaimana traumanya mereka menghadapi kematian hampir seluruh keluarganya dalam sekelip mata.

Semoga Allah memberi mereka dan kita ketabahan dan kekuatan iman menghadapi ujian ini. Amin… terima kasih kepada semua yg mendoakan kami dan membantu menjayakan misi ini.

Sekian laporan ringkas dari kami,
Zairi & Aidil,
Misi Kasih Padang 2
13 – 15 OKT 2009

Tindakan

Information

One response

3 11 2009
Ammar

semakin mengorak langkah kehadapn..
setapak menuju era persaudaraan..
tahniah JIM serta rangkaian JIM dari negeri lain..
teruskan usaha..
sokongan sentiasa ada..

p/s: mcm mana dgn EXOERT yg dibincangkan abg lang??
jd x?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: