Hari Kekasih dan Umat Lubang Biawak

14 02 2009

dipetik dari laman web MindaSuper

Nabi bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)

Sebahagian umat Islam hari ini telah menjadi umat Islam pak turut atau lebih tepat menjadi umat lubang biawak berdasarkan hadis di atas. Mereka tidak lagi berbangga mematuhi landasan Islam sebaliknya lebih berbangga untuk meniru gaya dan cara hidup golongan Yahudi dan Nasara. Salah satu keramaian yang disambut oleh sebahagian umat Islam ialah sambutan hari Kekasih atau St. Valentine’s Day.

Baca baki entri ini »

Advertisements




Fasi KRJ: Terima Anugerah Mahasiswa Gemilang

12 02 2009

11 Feb – Abang Al Amin telah diberi penghargaan menerima Anugerah Mahasiswa Gemilang 2008 dalam Majlis Bakti dan Kegemilangan Mahasiswa UTeM 2008.

Ucapan tahniah dapat dibuat kepada Abang Al Amin: 0136960399

Antara amalan harian orang yang cemerlang:

  • Solat Fardhu Berjama’ah
  • Bacaan Al Quran setiap hari
  • Bacaan Mathurat pagi dan petang
  • Solat Dhuha
  • Berpuasa Sunat Isnin dan Khamis
  • Berbicara mulia sesama kawan
  • Sentiasa dalam doanya mendoakan kejayaan orang lain




KRJ dan Palestin

9 02 2009

Mengumpul semangat sebelum demo bersama Abang Bai

Abang Lang dan Abang Long yang rajin – kami antara yang awal hadir

Berjumpa dengan akak fasi yang lain

Barisan pengendali KRJ Melaka dipimpin Abang Lang bergambar kenangan selesai Demo Palestin di Kedutaan Amerika Syarikat

bersama dengan rakan-rakan aktivis pencinta kebebasan





KBM Lahir Individu Berdisiplin – Sinar Harian

8 02 2009





Terima Kasih SM Teknik Jasin – Palestin

26 01 2009

Alhamdulillah

Kutipan sumbangan Palestin di SM Teknik Jasin berjaya mengumpulkan sebanyak RM2032.50

Terima kasih dan Tahniah kepada warga pendidik SM Teknik Jasin, Ibu Bapa pelajar dan seterusnya PelajarSM Teknik Jasin yang budiman di atas sumbangan anda semua.

Sumbangan anda akan disampaikan terus kepada rakyat Palestin 100%.

Terima kasih. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.

Ameen.





Bersyukurlah pada Apa yang Ada… Tuhan akan Tambahkan

1 10 2008

Kalau ada ahli keluarga, bersyukurlah
Kalau ada rakan, bersyukurlah
Kalau ada makanan, bersyukurlah
Kalau ada kesihatan, bersyukurlah
Kalau ada kehebatan, bersyukurlah
Nescaya Tuhan akan tambahkan….

Bila ia sudah pergi,kau akan menyesal
Bila ia sudah tiada, ia akan menyebabkan kau duka
Bila ia pergi, kau akan rasa kehilangan
Kalau ia tiada lagi, kau akan mencari dan perlu mencari semula.

Itulah rahsia Tuhan berisytihar,
Bersyukurlah, nescaya akan Ku tambahkan!





Kata Ayah

21 09 2008

Sewaktu nasi tumpah ke tanah
Kata ayah, ia bukan rezki untuk kita
Saya memandang putih mata
Mencari makna pada usia yang terlalu muda.

Sewaktu petang menua pulangkan warna terang
Kata ayah, itulah anugerah Tuhan untuk kita
Saya merenung dalam penuh tanya
Mencari makna malam dan gelap yang datang.

Sewaktu usia membawa saya kepada remaja
Kata ayah, ia adalah tempoh yang paling mahal
Saya mengira dengan akal
Mencari berapakah mahalnya harga usia.

Kata ayah, maruah adalah cinta
Hanya satu tiada dua
Anugerah paling berharga, jagailah ia dengan nyawa.

Kata ayah, perempuan adalah rahsia
Penuh rasa malu tercipta
Tanpanya benteng takkan tega
Menongkah perit cubaan dunia.

Kata ayah, lindungilah dirimu wahai anak
Dari sinar panahan syaitan
Yang menunggu waktu kau layu
Dia mencarimu disetiap yang bernama keseronokan.

Kata-kata ayah saya simpan dalam peti azimat
Buat bekal di perjalanan
Apabila saya terasa hidup ini cukup penat
Ia akan jadi pedoman yang mengingat.

Kini,
Setika saya sudah dewasa dan memamah erti hidup
Dengan segala rasa payah, saya mencari makna kata-kata ayah
Saya pegang amanah maruah
Saya junjung beban kasih yang melimpah
Hanya kerana pesan ayah, bahawa
Cinta itu wahai anak
Bukanlah benda yang dapat dicari
Tidak juga boleh dibeli
Jauh lagi untuk dimusihi
Pun bukan untuk dipenuhi
Atau untuk dibinasai.

Cinta itu wahai anak
Adalah yang mewangi bila diuji
Yang tabah bila disakiti, yang redha bila dilukai
Yang tidak hilang bilamana musim berganti.

Kau akan berjaya
Bila siang yang terang tidak mampu memanah kulitmu
dan malam tidak mampu menggelapkan hatimu
dan ujian tidak mampu meruntuhkan dirimu
dan cinta tidak mampu menurunkan darjatmu
dan kegembiraan tidak mampu membeli kekhusyukanmu
dan pada ketika itu
kau akan merasa dunia ini manis dalam ujian yang pilu
kau akan dapati indahnya ketekunanmu memelihara malu
pada ketika cinta sejati yang Tuhan kurniai
tidak mampu mendorongmu menyerahkan harga diri.

Sebaliknya,
Kau tetap segar dan mekar
Di dalam pagar syariat yang kukuh, utuh dan ampuh
Kau melindungi diri
Kau dilindungi Tuhan Yang Maha Tinggi.

Demikian, pesan ayah saya simpan
Di sudut hati yang paling suci
Mengisi segala nilai-nilai murni!

Zaharah Muhammad