Kem Aulad 2009

30 11 2009

Salam..

Di bawah adalah brosure program remaja / aulad untuk musim cuti sekolah 2009 ini. Bagi mereka yang berminat, sila hubungi nompor tertera dengan kadar yg SEGERA. Tempat Terhad!! Sila maklumkan kepada jiran jiran, atau mak sedara kita yang mempunyai anak utk turut serta dalam Kem yang hebat ini!!

Bagi mereka yang berminat utk menyumbang tenaga menjadi fasi, sila hubungi nombor dalam brosure itu jugak utk daftar nama anda… Cepat!!

 

 

 

 

 

Advertisements




Laporan Bergambar Abg Lang di Padang, Indonesia…

23 10 2009

Dipetik dari web JIM Melaka :

Salam Perjuangan….

Alhamdulillah pada 13 hingga 15 Oktober yg lalu, ana dan akhi Aidil Akhbar (JIM KL) telah diamanahkan oleh JKPA dan JIM Media untuk menjayakan Misi Kasih Padang 2 (MKP 2). Ia bertujuan bagi menyediakan bahan presentation untuk persedian Majlis Amal Nusantara (MAN 09) yg dijadualkan pada 17 Oktober.

Syukur kepada Ilahi atas kurniaan masa, tenaga dan kelicinan segala urusan yg memungkinkan perjalannan ini ditangguh atau dibatalkan (ana secara peribadi mendapat arahan ke sana pada jam 10am sehari sebelum berangkat, dgn ketiadaan pasport antarabangsa dan persediaan yg tak seberapa).
Walupun ada ketika, cabaran yg dihadapi begitu menguji tahap kesabaran dan keimanan kami (insyaallah akan dikongsikan dalam artikal dari Melaka ke Padang buku Risalah Pemimpin 10). Itu pun bergantung kepada kesempatan mengejar date line yg begitu menekan.

Sedikit gambar bagi menceritakan perjalanan Misi Kasih Padang 2 ini…
Bergambar kenangan sebelum berlepas menaiki pesawat AK 470 Air Asia..
Gambaran dari udara bentuk muka bumi Padang yg berbukit bukau dan tebaran rumah kediaman yg menyukarkan misi bantuan sampai secepatnya.
Bersama diiringi oleh Pak Suryama (Pengerusi PKPU dari Jakarta) dan Pak Faridsyah (Ketua Cabang PKPU Padang) dibelah kanan.
Bergambar kenangan bersama wakil Helping Hand USA (Brother Irfan) disebalah kiri ana dan Vice Mayor Padang (H. Mahyeldi) disebalahnya selepas perbincangan matlamat misi kami dan harapan serta bantuan yg diperlukan oleh pihak berkuasa Padang. Kami dijamu dan dijemput bermalam dirumah beliau.
Antara gambar bantuan barangan keperluan yg dihulurkan….
Ketua MKP 2, saudara Aidil menyerahkan wang berjumlah RM20k kepada Pak Suryama
Keperluan mendesak buat masa ini adalah pembinaan semula sekolah yg musnah selain rumah ikhwah dan akhawat yg terkesan dek gempa tempoh hari. Gambar disalah sebuah sekolah darurat yg dibina.

Insyaallah ana sedang menyiapkan laporan dalam bentuk video (termasuk interview dgn beberapa mangsa gempa) dan akan dikongsiakan dgn semuanya melalui saluran yg sepatutnya…

RM20k yang disumbangkan itu hanya mampu membina sebuah sekolah darurat sahaja. Mengikut kiraan PKPU, terdapat 50 buah sekolah perlu dibina dibawah kawasan perkhidmatannya. Setakat ini, hanya 12 dari 50 itu telah siap dibina dan digunakan.

Semoga perjalanan selama 3 hari dan sedikit usaha yg disumbangkan ini akan memberikan kesedaran kpd kita semua bahawa hubungan ukhuwah sesama islam itu merentasi sempadan negara, parti, agama dan sebagainya. Tak tergambar oleh fikiran bagaimana keadaan mereka sewaktu kejadian dan bagaimana traumanya mereka menghadapi kematian hampir seluruh keluarganya dalam sekelip mata.

Semoga Allah memberi mereka dan kita ketabahan dan kekuatan iman menghadapi ujian ini. Amin… terima kasih kepada semua yg mendoakan kami dan membantu menjayakan misi ini.

Sekian laporan ringkas dari kami,
Zairi & Aidil,
Misi Kasih Padang 2
13 – 15 OKT 2009




KBM di SMT Tengku Jaafar, Seremban

27 09 2009

Salam…

Sekadar berkongsi aktiviti KBM dari Team KRJ Melaka. Insyaallah pada 23 & 24 Oktober ini, kami akan ke Seremban sekali lagi untuk berKBM dengan pelajar Sekolah Menengah Teknik Tengku Jaafar.

Insyaallah kami akan bersedia dan akan memberikan yang terbaik kepada pelajar pelajar disana.

Kami berharap agar semua dapat mendoakan agar Allah permudahkan urusan kami dan memberi hidayah kepada pelajar pelajar disana nanti.

Sekian, untuk makluman…

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami

Maaf Zahir & Batin

Abg Lang





Serahan Bantuan Infaq Ramadhan Kpd Alumni KBM

16 09 2009

Salam….

Alhamdulillah ptg tadi Abg Lang  dan Pak Chu Aris sempat meluangkan sedikit masa menyerahkan sumbangan Infaq Ramadhan yang telah JIM Melaka  kumpulkan kepada 2 buah sekolah yang telah dipilih pada tahun ini. Ini merupakan kali pertama kita menyerahkan sebahagian sumbangan infaq kepada pelajar sekolah terutamanya alumni KBM pada tahun 2009 ini.

Alhamdulillah, ana mewakili pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kpd semua yang menyumbang. Doa dari salah seorang pengetua tersebut adaalah supaya allah membalas segala amal kebaikan semua dan semoga allah memberkatinya dibulan penuh mulia ini.

Sedikit gambar sebagai perkongsian. ..


Pengetua SMT Jasin, Cikgu Fauzi Abdullah menerima RM500 dari Pak Chu selaku wakil JIM Melaka. Insyaallah duit tersebut akan diserahkan pada majlis penyampaian sumbangan anak yatim dan pelajar miskin pada jam 12.30 pm esok.


GPK 1, SMT Melaka, Cikgu Azizan menerima RM500 bagi pihak sekolahnya. Insyaallah duit tersebut akan diedarkan pada majlis berbuka puasa ptg ini.

Sekian laporan dari Abg Lang,

Jurugambar tak berkopiah…

Zairi Suboh

Abg Lang





KBM MISG di Batang Kali, Selangor

30 07 2009
Dipetik dari blog abuanas08.blogspot.com
==================================
Alhamdulillah pada 18 & 19 Julai yang lalu, ayah telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan KBM bersama sama team KBM Melaka yang lain berKBM bersama dgn group MISG di Kem Rimba Tamu, Batang Kali Selangor.
Antara yang bersama sama mengendalikan KBM kali ni kata ayah ialah Pak Long, Pakcik Bai, Pakcik Qayyum, Pakcik Jemil, Pakcik Amin dan seorang kawannya.

Sekadar kenangan bersama sama yg lain, disertakan gambar sebagai memori indah untuk dikenang.

Pakcik Bai sedang mengendalikan sesi taklimat
Antara peserta KBM kali ni.. ada yang sedang belajar di US dan rata ratanya akan melanjutkan pelajaran ke US, Kanada, Uk dan lain lain kata ayah.
Ni selepas sesi riadah di dalam sungai kata ayah…
Tgk tu muka mereka, mcm baru bangun tido aje. Ayah kata ni gambar pg sebelum pulang ke Melaka


Gembiranya pakcik Bai… kenapa pulak tu?

Semoga kenangan ini akan menjadi kenangan indah dalam hidup ayah serta para peserta semuanya. Dan semoga mereka semua berjaya di dunia dan akhirat. Amin..




Jadual KBM Hujung Minggu Ini!!

10 07 2009

Salam…

Insyaallah minggu ni KBM Team Melaka akan berKBM bersama pelajar SMK Tun Perak di Kem Saujana, Asahan Jasin pada Sabtu dan Ahad (11 & 12 Julai)

Selain di Melaka, berikut merupakan senarai aktiviti KBM seluruh Malaysia pada hujung minggu ini.

1. Program Keindahan Bersama Mu ( KBM )

Bil

Sekolah / Institusi

Negeri

Tarikh

Versi

1.

KBM SMK Sri Perhentian

Johor

11 & 12 Julai 09

Remaja

2.

KBM Politeknik SMZA

Terengganu

11 & 12 Julai 09

IPT

3.

SMK Yoke Kuan

Selangor

11 & 12 Julai 09

Remaja

2. Program Belia/ Remaja di serata Malaysia.

Bil

Program

Lokasi / Negeri

Tarikh

1.

ABJZ SMK Chaah, Segamat.

Chaah, Segamat Johor

11 & 12 Julai 09

Ya Allah…

Kau Permudahkan lah segala urusan kami ini, kau berikanlah kekuatan kepada hamba mu ini di dalam menyampaikan risalah Islam agama Mu ya Allah..

Abg Lang





Abg Lang berKBM di SMK Bandar Banting, Selangor

24 06 2009

Dipetik dari blog abuanas08.blogspot.com

Perkongsian Abg Lang BerKBM di SMK Bandar Banting, Selangor

Salam…

Minggu lepas (20 & 21 Jun) ayah ke SMK Bandar Banting utk KBM bersama team KBM KL..

Seperti biasa, sedikit tumpangan berita dari ayah utk semua pembaca…


Gambar peserta ‘kasih’ dan ‘sayang’ sebelum penyerahan kepada ibu bapa..


Ole ole yang dibawa balik oleh ayah untuk kami dirumah…


Siap dapat sijil lagi kata ayah… boleh guna nak mohon kerja nanti ye ayah…


Tu dia barisan fasi dan org kuat KBM KL sebelum pulang ke destinasi masing masing. Pak Chik pun ada (dalam KBM dia org panggil Abg Chik kata ayah… duduk belah kanan sekali)


Antara ibu bapa yg turut serta


Peserta Sayang pada hari pertama KBM

Ni pulak peserta kasih…


Tahniah kepada ayah dan team KBM KL… nanti boleh lah jemput ayah ke KL lagi ye…