Bila Ditanya Adik Tentang Soal Hati

20 09 2008

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Sewaktu di salah sebuah Sek. Teknik baru-baru ini.

Dalam program Keindahan Bersama Mu (KBM). Tika supper time, dua adik
laki-laki bertanya padaku: “Abang setelah slot tadi yang berkata tentang hubungan lelaki & perempuan, fikir saya jika mahu belajar bersama pelajar perempuan itu boleh saja”.

Jawabku:
“Ya…boleh dan tidak boleh!” benakku terkejut. Tapi tenang.

“Bole h seperti dalam kelas bersama guru yang mengajar, memantau, membimbing.
Yang libatkan studi group pula, bukanlah berdua laki dan wanita, tapi beramai
itupun dengan adab mencapai maksud belajar.”

“Bu at apa membuang masa atas nama belajar tapi niat di hati ingin memuaskan mata dan nafsu berahi menghampir i wanita, yang ini tidaklah”. jawabk u panjang.

“ooo ..” respon tercengang mereka seperti jahil memahami hakikat itu.

“tapi kan bang, misalan saya mahu sms dengan pelajar perempuan dan mahu
berkawan, boleh kan?”.

“La, kita semua di sekolah ini, baik saya, baik awak, semua pelajar lelaki dan semua pelajar perempuan adalah kawan. Jikapun tidak pernah bicara sesama tetap kawan. Namun jika intim itu sehingga dibawa dalam sms yang peribadi itu menyalahi perbuatan hati yang murni. Jika abang di universiti atau di mana sahaja, perlu sahaja terkadang untuk sms sesama kawan perempuan tetapi melihat kepada kepentingan yang mendesak. Seperti urusan berjual beli, itupun abang kira masih boleh dibuat secara khalayak bukan sms ditengah malam hingga mengganggu tidur malam.”

“Tapi bang kan, saya ni cenderung sangat pada perempuan ni. Macamana tu bang? Ye la, saya fikir tak salah jika saya punyai teman wanita untuk diri saya”. Tanya salah seorang.

“Apa kau fikir abang tidak punya perasaan yang sama seperti kamu berdua, abang bukan malaikat! Semua lelaki dan perempuan punya perasaan yang sama terhadap lain jantina. Jika tiada, ada masalah lain pula yang timbul.”

“Hah aha”. Mereka ketawa.

“Hm, namun jika kita lelaki atau wanita sebelum nikahnya sudah menikmati rasa
berkasih sayang dari yang bukan muhrimnya, seperti couple, pacaran dan sebagainya, berpegang-pegangan, berlagak sudah bernikah, pastinya dihari selepas
pernikaha nnya akan hambar dan tawar suasana suami isteri nanti!”

“Kenapa pula bang?” sedikit berkerut wajah mereka.

“Kerna itulah fitrah psikologi manusia dan itu seerah manusia. Allah jadikan
status suami isteri untuk mencapai kebahagiaan.Selainnya, Allah berpesan adalah dalam lingkungan murkaNya. Abang berasa begitu dalam hati ni. Cuba kau
tanyakan pada mereka yang bercinta selepas nikah. Pasti mereka katakan pada
kau, nikmat sekali berian Allah ini. Cuba!”

“Perbuatan selain bernikah adalah perbuatan yang mengundang murka Allah, jika sebelum nikah sudah pandai langgar peraturan , apa jaminan pasangan tadi
setelah bernikah akan menjadi baik?”

“Ye tak ye juga, logiknya begitu“. Setuju mereka.

“Manusia ini banyak kehendaknya, tak terbatas, Allah jadikan Al Quran itu sebagai checklist kita sewaktu hidup.”

Apa kau orang tak erti, bila lihat ramai dari kalangan yang berkasih-kas ihan ini, banyaknya merosak di hari kelak hingga susahkan keluarga dan ramai lagi.”

“Tapi tak semua kan!” bangkang mereka padaku.

Apa kau lihat semua yang lahir dalam keluarga Islam bapa dan ibunya akan masuk syurga?” cantasku pula.

Apa kau fikir mereka yang lahir dalam keluarga bukan Muslim semuanya masuk
neraka? Berapa ramai sahabat nabi yang sebelum Islamnya mereka itu, di kehidupan lampaunya musyrik paling benci dengan Islam. Akhirnya mereka dijanji Allah ke syurga!

Dan berapa ramai pula yang mulanya lahir dalam keluarga Islam, di dalam meniti usianya, dia memberitahu ibunya dan seluruh negara dia ingin keluar Islam secara terangan. Apakah tindakan ini bijak untuk meraih kebahagiaan?!”. Logikku sungguh tinggi ku fikir. tapi aku ingin juga bicara dewasa dengan mereka kerna ku fikir mereka sudah mula erti tentang persoalan seks dan semacamnya.

Tapi ku lihat mereka mula berpandangan sesama sendiri.

“Ya saya erti itu! terima kasih abang! Moga kita berjumpa lagi bang.”

Itulah kali pertama dan kali terakhir aku duduk dengan mereka. Moga faham mereka itu membawa kepada tindakan.

Wassalam =)

Abang Ejan

29 Oktober 2007

Advertisements




Sahabat yang Baik

30 06 2008

Assalamualaikum..

Saya nak tanya pendapat abang lar..
hmm, abg tau tak apa bezanya antara KAWAN dan KAWAN BAIK?

Begitu soalan dibuka…pada saya secara personal melalui friendster ini…Saya berfikir semula mengenang bagaimana pula kehidupan saya selama ini menjalin persahabatan. Saya mengaku saya bukanlah sebaik kawan untuk beberapa ketika yang kritikal.

Namun kini saya mengenali erti berkawan dan bersahabat setelah mengetahui akan keindahan yang ditunjukkan oleh sahabat sekeliling dan paling mengesani jiwa saya adalah sinaran hidup Rasulullah yang diakui oleh penulis barat seperti Montgomery Watt dalam Mohammad at Mecca, Stanley Lane Poole dalam The Speeches and Table Talk of Prophet Muhammad dan Thomas Carlyle dalam Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History.

Antara lain menyebut oleh Montgomery adalah katanya:

Pada pendapat saya pekerti Muhammad yang mulia dan kebenaran yang diajarnya adalah sebab utama beliau mendapat sokongan dan kesetiaan Abu Bakar dan Umar, serta kekuatan dan keberanian Khalid bin Walid dan Amru bin As.

Stanley pula berkata:

Terhimpun pada diri Muhammad sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seseorang yang cuba menilainya akhirnya akan mengagumi dan mengasihinya. Beliau seorang yang sanggup berdepan dengan kemarahan kaumnya. Beliau juga tidak mudah melepaskan tangannya semasa bersalaman. Beliau mengasihi kanak-kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata indah yang mulia kepada mereka. Persahabatannya yang tulus, sikap pemurah, berani dan cekal yang ada padanya, semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan kekaguman.

—–
Berikut adalah jawaban saya kepada individu yang bertanyakan kepada saya akan ciri kawan yang baik. Mari kita apa yang saya tuliskan pada beliau yang bertanya.

Abang mungkin tidak memberi jawaban tapi abang selalu suka membaca dan berkwan dengan ramai orang…untuk menilai diri abang sendiri

Manusia ini perlu memelihara 2 hubungan iaitu:

  1. Hubungan dengan Tuhannya, Allah
  2. Hubungan dengan Manusia (keluarganya, jirannya, gurunya, sahabatnya dsb)

Allah berpesan apabila membina hubungan dengan manusia lain dalam surah Al Hujurat ayat 12:

Wahai mereka yang beriman, jauhilah daripada kebanyakan prasangka kerana sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. janganlah kamu mengintip kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

Setiap insan dilihat pada potensi kebaikan nya…manusia ini boleh hidup bahagia jika dia faham apa Allah pesan pada ayat 2 surah Al Maidah yang bermaksud:

Bertolong-tolonganlah kamu di atas perkara kebaikan (taqwa) dan janganlah pula kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.

Sedikit kebaikan dari kedua pihak yang bermusuh perlu disinergikan bersama agar hati-hati yang keras akan menjadi lembut memaafkan.

Di atas melalui terjemahan surah abang selitkan ciri-ciri seorang kawan, teman, sahabat dan rakan…

ada lagi ciri yang Allah ajar dalam Quran iaitu melalui surah Al Ahzab ayat 70 yang mana Allah pesan pada kita supaya bertaqwa dan berkata benar.

Lainnya daripada hadis adalah tepati janji, jaga amanah bila diberi percaya.

Dan lagi dalam surah As Saff ayat 2 Allah memberitahu bahawa seseorang itu bagus apabila dia buat apa yang dia katakan. Kata mesti dikota.

Dalam surah Ali Imran ayat 159 ini Allah ada beritahu bahawa berlemah lembut dan tidak berhati keras.

Anas bin Malik selama 10 tahun bersama Rasulullah tidak pernah dia dimarah dan diherdik oleh Baginda, malahan Rasulullah tidak pernah meninggikan suara pada Anas. bayangkan Rasul ni adalah sahabat paling baik dalam dunia…huh

Ditambah lagi dalam surah Luqman: Dimana banyak kisah si ayah mengajar anak-anaknya menjadi manusia yang berhati manusia dari berhati puaka. Antara sifat yang perlu adalah dilunakkan suara ketika berkata pada sahabatnya atau orang lebih tua.

Lainnya lagi adalah seseorang itu mudah memaafkan dikala saat dia mampu membalas dendam.

Seseorang kawan yang baik juga sebenarnya mendorong kita berlaku dengan perilaku seorang Muslim, ini asas pembinaan hati yang ikhlas dan amanah dalam berkawan. Maklumlah bila berkawan sebenarnya kita juga sedang berkomunikasi menggunakan hati dan perasaan. Ini menepati surah Asy Syams ayat 9 dan 10 yang bermaksud;

Sesungguhnya berjayalah mereka yang membersihkan jiwa dan merugilah mereka yang mengotorkannya.

Ya Diilhamkan pada manusia, Sukma kefasikan dan ketaqwaan, Beruntung bagi yang menyucikannya, Merugi bagi yang mengotorinya!

dan yang terakhir adalah tidak berbalah dalam pertikaian lidah mahupun fizikal.

Hampir kesemua ini memungkin kita mencari sahabat atau kawan yang punyai kefahaman agama yang jelas tanpa putar belit. Kefahaman yang jelas bermaksud dia beramal dengan Islam itu sepenuh iltizamnya. bersungguh-sungguh.

Abang juga mahu terus menjadi kawan yang baik dengan abang memahami jalan hidup para rasul dan sahabat nabi Muhammad melalui seerah dan kisah sahabat tulisan Safiurrahman Mubarakfuri dan tulisan Abdur Rahman Ra’fat…ianya tulisan terjemahan melayu. asal dari bahasa arab.

banyak lagi ciri kawan yang baik…jika mahu tahu lagi…cuba lihat cirii yang ada pada rasulullah. Baginda pada anaknya bukan setakat bapa, malah juga sebagai kawan. begitu juga baginda menjadi kawan kepada isterinya, orang bawahannya, rakyatnya, cucunya, mentuanya, besannya dan seterusnya…

Rasulullah itu bila bercakap pada khalayak, setiap orang individu yang mendengar baginda terasakan baginda hanya bercakap dan beramah mesra dengan dia seorang, walhal di situ ramai sekali orang bersama.

wallahualam.

Baca lain: