Solat Hajat: Abang Azhar UTeM di Hospital – Diagnosis Awal Sakit Buah Pinggang

14 06 2008
Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Makluman: Khairilazhar bin Karim atau dikenali dalam KRJ Melaka sebagai Abang Azhar UTeM¬† adalah antara penggerak karisma di Melaka dan orang kuat KRJ dan KBM Team Melaka merupakan pelajar tahun akhir Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)…

diwadkan 12 Jun lepas akibat hypertension tapi kini dimaklumkan diagnosis awal sakit buah pinggang…
Abang Azhar baru sahaja kematian ibu akibat kidney failure baru-baru ini ( baru dalam 40 hari lebih)…
akhi azhar yang baru selesai presentation Projek Sarjana Muda kini di Hospital Melaka Aras 3 Wad 4… doakan dia ya adik-adik kasih dan adik-adik sayang…

Minta semua pembaca buat solat hajat semoga buah pinggang Abang Azhar UTeM berfungsi sehingga akhir hayat dan dipulihkan¬†segera seperti sedia kala…

sedaya kita…
Ya Allah…




Ibu Penggerak KRJ Kembali ke Rahmatullah

8 05 2008

– Gambar Hiasan

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Salam ketenangan buat jiwa-jiwa yang sedang gundah gulana.

Diberitakan ibu salah seorang penggerak utama KRJ Melaka iaitu Abang Azhar, telah meninggal dunia pada tengahari Khamis 8 Mei 2008 di Kedah akibat penyakit buah pinggang.

Abang Azhar juga merupakan JK Dana KARISMA Melaka merangkap fasilitator setia KRJ Melaka.

Semoga kesejahteraan sahaja buat Allahyarhamah ibu Abang Azhar di sisi Tuhan Maha Penyayang. Juga doa ketabahan buat Abang Azhar yang masih menuntut pengajian di tahun akhir di UTeM.

Al Fatihah…

Bacaan Minda: