Dunia Sekadar Persinggahan

1 12 2008

Begitu keadaanmu,
Berbuat mengikut hawa nafsu,
Perintah Tuhan menjadi gurauan,
LaranganNya menjadi ikutan.

Di masa yang akan datang,
Adakah akan tetap begitu?
Dikala hidupmu meniti usia
Jika alpa dimana berada?

Bukankah di sini sekadar persinggahan?
Bukankah di sini hanya permainan?
Bukankah di sini hanyalah gurauan?
Bukankah di sini hanya tipu daya?

Dikau kejar fatamorgana,
Mencurah air di padang sahara,
Tenggelam di dunia lakonan,
Kehidupan yang sia-sia.

Fikirkan sebelum terlambat,
Mari kembali kepada hakikat,
Kepulangan yang semakin dekat,
Melangkah ke alam akhirat.





Satu Penerbangan…

1 09 2008

Bila kita akan berangkat dari alam ini, ianya ibarat penerbangan ke sebuah Negara.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith..

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan, tetapi Al-Jenazah..

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita..

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin atau setaraf dengannya tetapi Kain Putih Cotton..

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone teapi air mawar dan cendana..

Di mana passport kita bukan Malaysia, British, atau American tetapi Al-Islam..

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan tetapi ‘Lailahaillallah’..Universal Attractor

Dimana pelayannya bukan pramugari yamg cantik jelita, tetapi Izrail dan lain-lain..

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA , Los Angeles International Airport, Heathrow Airport atau Jeddah International tetapi tanah perkuburan ..

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani tetapi bilik 6 kaki dalam gelita. .

Di mana pegawai imigresen adalah Munkar dan Nankir mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan..

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. ..

Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai dibawahnya atau neraka Jahannam..

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi simpanan anda tidak akan dihabiskan. Penerbangan ini tidak akan dirampas (hijacked) oleh itu tak perlu bimbang. Sajian tidak akan disediakan oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan..

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka ria. .

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu..

Ya! Berita baik! Jangan bimbangkan siapa yang duduk disebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh. dan sekiranya anda boleh, hanya ingat!!! Penerbangan ini datang tanpa amaran. Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan itu..

ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT ?





Orang MUDA

1 08 2008

Untuk anakku ……….. yang dikasihi,
Untuk anak anak muda yang bersedia kedepan..

Orang muda yang tiada idealisme… rugi menjadi orang muda
Orang muda yang tidak berani mencuba… rugi kerana kurangnya pengalaman
Orang muda yang ‘terlalu penyabar’…rugi kerana cepat menjadi orang tua… generasi sebaya jugak bosan dan jelak padanya..
Orang muda yang tiada perasaan tergesa-gesa…rugi kerana hidupnya mendatar…
Orang muda yang tidak minat hutan rimba dan aktiviti dengan alam… rugi tidak merasa kehijauan dan bau peluh…dan pacat
Orang muda yang sentiasa mengharap disudukan..rugi kerana tidak ramai yang sanggup menyudukan..
Orang muda yang sentiasa berselindung di balik yang lebih ‘tua’ darinya…rugi kerana kematangannya lambat..
Orang muda yang tidak buka mulut… rugi kerana tidak kritis…
Orang muda yang terlalu ikut cakap pakcik makciknya pun rugi…
Orang muda yang tidak ingin membaca… rugi kerana minda belajar sendirinya lambat..
Orang muda yang tiada visi dan cita-cita… tidak kemana perginya..
Orang muda yang tiada cita-cita pendakwah dan mujahid… bila kerja akan hilang dimakan kerja makan gaji
Orang muda yang tiada cita-cita pendakwah dan mujahid..bila kahwin…kerjanya bermain dengan isteri, anak-anak dan basuh kereta..

Orang muda perlu…!
redah…!
bersopan…!
sedikit ‘kurang ajar’…!
mencuba yang baru…!
berani ke ‘hadapan’
bertanya walaupun kadang-kadang macam ‘nampak bodoh’
menjadi sudu bila tidak disudukan..
bertenaga…
membaca…
punya visi dan cita cita
bersedia memimpin
punya doa seorang mujahid..

tapi jika kalian tiada banyak diatas… pakcik tidak salahkan
kalian… kerana kalian adalah produk…
tapi orang putih kata lebih baik lambat dari tidak tak berusaha…

masih banyak masa untuk belajar dan berubah..

Pesan dari… seorang ‘ayah’ yang sayangkan anak ‘muda’nya.