Satu Penerbangan…

1 09 2008

Bila kita akan berangkat dari alam ini, ianya ibarat penerbangan ke sebuah Negara.

Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith..

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan, tetapi Al-Jenazah..

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita..

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin atau setaraf dengannya tetapi Kain Putih Cotton..

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone teapi air mawar dan cendana..

Di mana passport kita bukan Malaysia, British, atau American tetapi Al-Islam..

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan tetapi ‘Lailahaillallah’..Universal Attractor

Dimana pelayannya bukan pramugari yamg cantik jelita, tetapi Izrail dan lain-lain..

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA , Los Angeles International Airport, Heathrow Airport atau Jeddah International tetapi tanah perkuburan ..

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani tetapi bilik 6 kaki dalam gelita. .

Di mana pegawai imigresen adalah Munkar dan Nankir mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan..

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. ..

Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai dibawahnya atau neraka Jahannam..

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi simpanan anda tidak akan dihabiskan. Penerbangan ini tidak akan dirampas (hijacked) oleh itu tak perlu bimbang. Sajian tidak akan disediakan oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan..

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka ria. .

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu..

Ya! Berita baik! Jangan bimbangkan siapa yang duduk disebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh. dan sekiranya anda boleh, hanya ingat!!! Penerbangan ini datang tanpa amaran. Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan itu..

ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT ?

Advertisements




Sahabat yang Baik

30 06 2008

Assalamualaikum..

Saya nak tanya pendapat abang lar..
hmm, abg tau tak apa bezanya antara KAWAN dan KAWAN BAIK?

Begitu soalan dibuka…pada saya secara personal melalui friendster ini…Saya berfikir semula mengenang bagaimana pula kehidupan saya selama ini menjalin persahabatan. Saya mengaku saya bukanlah sebaik kawan untuk beberapa ketika yang kritikal.

Namun kini saya mengenali erti berkawan dan bersahabat setelah mengetahui akan keindahan yang ditunjukkan oleh sahabat sekeliling dan paling mengesani jiwa saya adalah sinaran hidup Rasulullah yang diakui oleh penulis barat seperti Montgomery Watt dalam Mohammad at Mecca, Stanley Lane Poole dalam The Speeches and Table Talk of Prophet Muhammad dan Thomas Carlyle dalam Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History.

Antara lain menyebut oleh Montgomery adalah katanya:

Pada pendapat saya pekerti Muhammad yang mulia dan kebenaran yang diajarnya adalah sebab utama beliau mendapat sokongan dan kesetiaan Abu Bakar dan Umar, serta kekuatan dan keberanian Khalid bin Walid dan Amru bin As.

Stanley pula berkata:

Terhimpun pada diri Muhammad sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seseorang yang cuba menilainya akhirnya akan mengagumi dan mengasihinya. Beliau seorang yang sanggup berdepan dengan kemarahan kaumnya. Beliau juga tidak mudah melepaskan tangannya semasa bersalaman. Beliau mengasihi kanak-kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata indah yang mulia kepada mereka. Persahabatannya yang tulus, sikap pemurah, berani dan cekal yang ada padanya, semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan kekaguman.

—–
Berikut adalah jawaban saya kepada individu yang bertanyakan kepada saya akan ciri kawan yang baik. Mari kita apa yang saya tuliskan pada beliau yang bertanya.

Abang mungkin tidak memberi jawaban tapi abang selalu suka membaca dan berkwan dengan ramai orang…untuk menilai diri abang sendiri

Manusia ini perlu memelihara 2 hubungan iaitu:

  1. Hubungan dengan Tuhannya, Allah
  2. Hubungan dengan Manusia (keluarganya, jirannya, gurunya, sahabatnya dsb)

Allah berpesan apabila membina hubungan dengan manusia lain dalam surah Al Hujurat ayat 12:

Wahai mereka yang beriman, jauhilah daripada kebanyakan prasangka kerana sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. janganlah kamu mengintip kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

Setiap insan dilihat pada potensi kebaikan nya…manusia ini boleh hidup bahagia jika dia faham apa Allah pesan pada ayat 2 surah Al Maidah yang bermaksud:

Bertolong-tolonganlah kamu di atas perkara kebaikan (taqwa) dan janganlah pula kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.

Sedikit kebaikan dari kedua pihak yang bermusuh perlu disinergikan bersama agar hati-hati yang keras akan menjadi lembut memaafkan.

Di atas melalui terjemahan surah abang selitkan ciri-ciri seorang kawan, teman, sahabat dan rakan…

ada lagi ciri yang Allah ajar dalam Quran iaitu melalui surah Al Ahzab ayat 70 yang mana Allah pesan pada kita supaya bertaqwa dan berkata benar.

Lainnya daripada hadis adalah tepati janji, jaga amanah bila diberi percaya.

Dan lagi dalam surah As Saff ayat 2 Allah memberitahu bahawa seseorang itu bagus apabila dia buat apa yang dia katakan. Kata mesti dikota.

Dalam surah Ali Imran ayat 159 ini Allah ada beritahu bahawa berlemah lembut dan tidak berhati keras.

Anas bin Malik selama 10 tahun bersama Rasulullah tidak pernah dia dimarah dan diherdik oleh Baginda, malahan Rasulullah tidak pernah meninggikan suara pada Anas. bayangkan Rasul ni adalah sahabat paling baik dalam dunia…huh

Ditambah lagi dalam surah Luqman: Dimana banyak kisah si ayah mengajar anak-anaknya menjadi manusia yang berhati manusia dari berhati puaka. Antara sifat yang perlu adalah dilunakkan suara ketika berkata pada sahabatnya atau orang lebih tua.

Lainnya lagi adalah seseorang itu mudah memaafkan dikala saat dia mampu membalas dendam.

Seseorang kawan yang baik juga sebenarnya mendorong kita berlaku dengan perilaku seorang Muslim, ini asas pembinaan hati yang ikhlas dan amanah dalam berkawan. Maklumlah bila berkawan sebenarnya kita juga sedang berkomunikasi menggunakan hati dan perasaan. Ini menepati surah Asy Syams ayat 9 dan 10 yang bermaksud;

Sesungguhnya berjayalah mereka yang membersihkan jiwa dan merugilah mereka yang mengotorkannya.

Ya Diilhamkan pada manusia, Sukma kefasikan dan ketaqwaan, Beruntung bagi yang menyucikannya, Merugi bagi yang mengotorinya!

dan yang terakhir adalah tidak berbalah dalam pertikaian lidah mahupun fizikal.

Hampir kesemua ini memungkin kita mencari sahabat atau kawan yang punyai kefahaman agama yang jelas tanpa putar belit. Kefahaman yang jelas bermaksud dia beramal dengan Islam itu sepenuh iltizamnya. bersungguh-sungguh.

Abang juga mahu terus menjadi kawan yang baik dengan abang memahami jalan hidup para rasul dan sahabat nabi Muhammad melalui seerah dan kisah sahabat tulisan Safiurrahman Mubarakfuri dan tulisan Abdur Rahman Ra’fat…ianya tulisan terjemahan melayu. asal dari bahasa arab.

banyak lagi ciri kawan yang baik…jika mahu tahu lagi…cuba lihat cirii yang ada pada rasulullah. Baginda pada anaknya bukan setakat bapa, malah juga sebagai kawan. begitu juga baginda menjadi kawan kepada isterinya, orang bawahannya, rakyatnya, cucunya, mentuanya, besannya dan seterusnya…

Rasulullah itu bila bercakap pada khalayak, setiap orang individu yang mendengar baginda terasakan baginda hanya bercakap dan beramah mesra dengan dia seorang, walhal di situ ramai sekali orang bersama.

wallahualam.

Baca lain: