Kata Ayah

21 09 2008

Sewaktu nasi tumpah ke tanah
Kata ayah, ia bukan rezki untuk kita
Saya memandang putih mata
Mencari makna pada usia yang terlalu muda.

Sewaktu petang menua pulangkan warna terang
Kata ayah, itulah anugerah Tuhan untuk kita
Saya merenung dalam penuh tanya
Mencari makna malam dan gelap yang datang.

Sewaktu usia membawa saya kepada remaja
Kata ayah, ia adalah tempoh yang paling mahal
Saya mengira dengan akal
Mencari berapakah mahalnya harga usia.

Kata ayah, maruah adalah cinta
Hanya satu tiada dua
Anugerah paling berharga, jagailah ia dengan nyawa.

Kata ayah, perempuan adalah rahsia
Penuh rasa malu tercipta
Tanpanya benteng takkan tega
Menongkah perit cubaan dunia.

Kata ayah, lindungilah dirimu wahai anak
Dari sinar panahan syaitan
Yang menunggu waktu kau layu
Dia mencarimu disetiap yang bernama keseronokan.

Kata-kata ayah saya simpan dalam peti azimat
Buat bekal di perjalanan
Apabila saya terasa hidup ini cukup penat
Ia akan jadi pedoman yang mengingat.

Kini,
Setika saya sudah dewasa dan memamah erti hidup
Dengan segala rasa payah, saya mencari makna kata-kata ayah
Saya pegang amanah maruah
Saya junjung beban kasih yang melimpah
Hanya kerana pesan ayah, bahawa
Cinta itu wahai anak
Bukanlah benda yang dapat dicari
Tidak juga boleh dibeli
Jauh lagi untuk dimusihi
Pun bukan untuk dipenuhi
Atau untuk dibinasai.

Cinta itu wahai anak
Adalah yang mewangi bila diuji
Yang tabah bila disakiti, yang redha bila dilukai
Yang tidak hilang bilamana musim berganti.

Kau akan berjaya
Bila siang yang terang tidak mampu memanah kulitmu
dan malam tidak mampu menggelapkan hatimu
dan ujian tidak mampu meruntuhkan dirimu
dan cinta tidak mampu menurunkan darjatmu
dan kegembiraan tidak mampu membeli kekhusyukanmu
dan pada ketika itu
kau akan merasa dunia ini manis dalam ujian yang pilu
kau akan dapati indahnya ketekunanmu memelihara malu
pada ketika cinta sejati yang Tuhan kurniai
tidak mampu mendorongmu menyerahkan harga diri.

Sebaliknya,
Kau tetap segar dan mekar
Di dalam pagar syariat yang kukuh, utuh dan ampuh
Kau melindungi diri
Kau dilindungi Tuhan Yang Maha Tinggi.

Demikian, pesan ayah saya simpan
Di sudut hati yang paling suci
Mengisi segala nilai-nilai murni!

Zaharah Muhammad

Advertisements




Orang MUDA

1 08 2008

Untuk anakku ……….. yang dikasihi,
Untuk anak anak muda yang bersedia kedepan..

Orang muda yang tiada idealisme… rugi menjadi orang muda
Orang muda yang tidak berani mencuba… rugi kerana kurangnya pengalaman
Orang muda yang ‘terlalu penyabar’…rugi kerana cepat menjadi orang tua… generasi sebaya jugak bosan dan jelak padanya..
Orang muda yang tiada perasaan tergesa-gesa…rugi kerana hidupnya mendatar…
Orang muda yang tidak minat hutan rimba dan aktiviti dengan alam… rugi tidak merasa kehijauan dan bau peluh…dan pacat
Orang muda yang sentiasa mengharap disudukan..rugi kerana tidak ramai yang sanggup menyudukan..
Orang muda yang sentiasa berselindung di balik yang lebih ‘tua’ darinya…rugi kerana kematangannya lambat..
Orang muda yang tidak buka mulut… rugi kerana tidak kritis…
Orang muda yang terlalu ikut cakap pakcik makciknya pun rugi…
Orang muda yang tidak ingin membaca… rugi kerana minda belajar sendirinya lambat..
Orang muda yang tiada visi dan cita-cita… tidak kemana perginya..
Orang muda yang tiada cita-cita pendakwah dan mujahid… bila kerja akan hilang dimakan kerja makan gaji
Orang muda yang tiada cita-cita pendakwah dan mujahid..bila kahwin…kerjanya bermain dengan isteri, anak-anak dan basuh kereta..

Orang muda perlu…!
redah…!
bersopan…!
sedikit ‘kurang ajar’…!
mencuba yang baru…!
berani ke ‘hadapan’
bertanya walaupun kadang-kadang macam ‘nampak bodoh’
menjadi sudu bila tidak disudukan..
bertenaga…
membaca…
punya visi dan cita cita
bersedia memimpin
punya doa seorang mujahid..

tapi jika kalian tiada banyak diatas… pakcik tidak salahkan
kalian… kerana kalian adalah produk…
tapi orang putih kata lebih baik lambat dari tidak tak berusaha…

masih banyak masa untuk belajar dan berubah..

Pesan dari… seorang ‘ayah’ yang sayangkan anak ‘muda’nya.