Pantun Teka-teki 2

13 05 2008

Salam Uji Minda dari Ummi… 🙂

Ha! Macamana? Dapat jawab semua teka-teki berkaitan binatang tu? Alah, yang lepas sudah Ummi pamerkan tu. Tak tahu – klik di siniPantun Teka Teki.

Seperti yang dijanjikan, ini himpunan pantun teka-teki bertemakan tumbuh-tumbuhan:

Ambil betik potongkan pisau
Buah masak pokoknya rendah
Kecil-kecil berbaju hijau
Sudah besar berbaju merah

Banyak buah di dalam guni
Buah asam serta manis
Apakah buah sifat begini
Masak masam, muda manis?

Budak-budak berjual paku
Mari dijual di tepi jalan
Banyak paku perkara paku
Apakah paku yang boleh dimakan?

Kalau adik pergi ke kedai
Jangan lupa pakai seluar
Kalau adik orang pandai
Apa buah biji diluar?

Kalau adik ke pekan Siak
Tolong belikan bunga sekuntum
Kalau adik orang yang bijak
Apa buah masak tersenyum?

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji ditepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Kalau adik memasak kari
Jangan dibubuh daun serai
kalau adik bijak bestari
Daun apakah yang tidak bertangkai?

Kapal belayar Selat Melaka
Penuh bermuat minyak sapi
Wahai adik cuba teka
Daun apa yang tidak bertepi?

SELAMAT MENCUBA…KALAU DAPAT JAWAB SEMUA CONTACT UMMI DI TALIAN 012-6590352 UNTUK HADIAH…

Pos kaitan:

Advertisements