Program Remaja Raikan Ramadhan (3R) 2010

18 08 2010

Salam..

Program Remaja Raikan Ramadhan (3R) 2010 kembali seperti tahun sebelumnya.

Jom adik adik semua daftarkan diri dan menyertai program yg khas di bulan mulia ini. Cepat, tempat terhad!!

:: Muqaddimah ::

Kempen Remaja Raikan Ramadhan (3R) ini merupakan suatu insiatif pembangunan sakhsiah khas untuk para remaja di sekitar Kuala Lumpur. Kempen ini julung-julung kali diadakan dan ianya merupakan Kempen pertama bertemakan ramadhan khas untuk para remaja.

Kempen 3R ini mengambil bulan Ramadhan sebagai konsep dan pembangunan remaja sebagai tema utama, 3R akan diaturkan dengan sebaik mungkin bagi mencapai objektif-objektif seperti yang telah digariskan. Bagi mengumpulkan dan mendidik jiwa-jiwa remaja ini supaya taat dan patuh kepada Allah SWT, mengambil seberapa banyak fadhilat dalam bulan ramadhan dan sebagainya.

Kempen 3R ini terbuka kepada semua remaja yang berminat untuk melalui atau mengalami ‘madrasah’ yang serba mencabar dan berminat untuk mengisi masa di bulan Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.

:: Objektif ::

2.1 Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah di kalangan remaja.
2.2 Memakmurkan bulan ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
2.3 Mempertingkatkan ukhuwwah di kalangan remaja.
2.4 Menyemarakkan pewaris kepimpinan masa hadapan yang menghayati Islam sebagai satu cara hidup.
2.5 Menyelami sejarah islam yang berlaku ketika bulan ramadhan.

:: Tema ::

“Ramadhan : I’m lovin’ it

:: Anjuran ::

Kelab Remaja JIM Melaka
IKRAM Negeri Melaka

:: Kempen yang akan diadakan ::

1. FACEBOOK
2. Poster
3. Banner
4. Program “3R”
5. Ifthar Remaja
6. BLOG

sebarang musykilah, hubungi sekretariat Kempen 3R Melaka.

– Abang Long (013-7294850 ) –
– Abg Chik ( 017-3532619) –
– Ummi Kamariah (012-6590352 ) –


Tindakan

Information

One response

1 12 2010
trendymuslimah

salam ziarah

Tinggalkan komen