Siapa KRJ?

Assalamualaikum wa rahmatullah šŸ™‚

KRJ?

KRJ telah diakronimkan dari kepanjangan Kelab Remaja JIM. Kelab Remaja Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (KRJ) ditubuhkan pada tahun 1993. Terdapat cawangan disemua negeri yang diketuai oleh Pengarah KRJ negeri. Aktiviti KRJ mengutamakan pembentukan remaja Islam yang bertaqwa dan berwawasan.

Siapa JIM?

JIM adalah kependekan dari Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia. Maklumat lanjut tentang JIM boleh diperolehi di sini, klik. (http://www.jim.org.my/)

Matlamat KRJ?

Matlamat KRJ adalah untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh , bertaqwa, ‘soleh wa musleh‘, berwawasan dan berkepimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif , seimbang dan berterusan.

  • Membina generasi remaja kini untuk mengisi kepimpinan masa depan
  • Membina generasi muda yang prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran negara.
  • Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu serta mampu mencapai kesejahteraan diri.
  • Melahirkan generasi yang berwawasan, berakhlak mulia dan dinamik.

Etika KRJ?

Berakhlak mulia, berdisplin dan bercita-cita tinggi. Menghormati pemimpin, ibubapa, guru dan orang yang lebih tua. Berusaha memperbaiki diri dan menambah ilmu. Mempunyai semangat keperikemanusiaan Menyayangi dan memelihara alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

KE ARAH REMAJA SOLEH WA MUSLEH

Nota:

Weblog KRJ Melaka dilancarkan pada 6 April 2008.
KRJ Melaka telah disyarikat di bawah nama KRJ Inspiration pada 7 Mei 2008 pada nombor daftar MA0123113-K.

——————

KBM BERSAMA ANDA

Keindahan Bersama Mu (KBM) merupakan program pembangunan insan yang disesuaikan dalam pengendalian program KRJ SeMalaysia berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang. Masyarakat hari ini sangat dahagakan kasih sayang. Perasaan kasihsayang semakin hari semakin pupus kerana suasana kehidupan kini yang semakin mencabar. Apabila perasaan kasih sayang dihidupkan dan disuburkan kembali di dalam diri, insyaallah banyak masalah yang boleh diselesaikan.

Satu pengembaraan spiritual dan emosional akan dialami oleh para peserta sehingga terasa indahnya kasihsayang Allah, indahnya kasihsayang Rasulullah, indahnya kasihsayang Ibubapa/keluarga dan indahnya kasihsayang rakan sehingga tercetusnya rasa cinta dan kesedaran yang hakiki dari lubuk hati kecil untuk berubah dan menyerlah jauh dari yang biasa.

Satu lagi projek kemasyarakatan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) – ‘Bersama Islam Membina Masyarakat‘.

—————-

PROGRAM KBM

  • KBM Versi Remaja
  • KBM Versi Belia
  • KBM Versi Keluarga
  • KBM Versi Korporat
  • KBM Versi Sekolah Rendah
  • KBM Versi Sekolah Menengah
  • KBM Versi IPT
  • KBM Versi-versi lain mengikut keperluan pelanggan
  • KBM Kembali (2 minggu selepas KBM sebagai program ‘follow up’ alumni KBM)