Hubungan Lelaki, Wanita a.k.a. Perempuan & Batas Keduanya

30 05 2008

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Artikel ini diambil dari weblog Abang Ejan dari tajuk Aurat & Silang Jantina. Ianya amat berguna untuk sekalian penggerak, peserta dan alumni KRJ-KBM Melaka. Mari fahami!

Apa maksud aurat ?

  • Sesuatu yang seorang merasa malu jika ia terdedah
  • Sesuatu yang dipandang tidak baik apabila terdedah
  • Bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi dari pandangan orang lain.

Hukum menutup aurat adalah wajib tiada khilaf (kekeliruan dalam kebenaran, ia sahih).
Dalil menutup aurat ialah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nur: ayat 31)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al Ahzab: ayat 59)

Entri ini adalah refleksi terhadap pemahaman segelintir orang terhadap kewajiban menjaga aurat & maruah baik kepada lelaki mahupun wanita.

Pengalaman kita mungkin pernah bertemu dengan beberapa manusia mendedahkan bahawa banyaknya kefahaman Islam yang kurang jelas di mata mereka. Contohnya, pernah ditanyakan “Kenapa ramai yang tidak bertudung (wanita) dan berbaju singkat seperti memakai baju adiknya?”. Persoalan itu diajukan dan kita tak nafikan ada juga kalangan wanita yang juga bertanya, “Apa nak buat dengan kawan-kawan saya yang bawa laki ke dalam rumah sewa?”. Kepada soalan ini pesannya, laporkan pada tuan rumah untuk tindakan.

Hal ini bukanlah mengenai tudung dan rambut. Ada wanita mengenakan tudung tapi bentuk buah dadanya masih kelihatan bahkan ada yang menampakkan seluar dalamnya apabila duduk di khalayak ramai. Kaum lelaki yang mengambil kesempatan ‘mencuci mata’ pula berkata ini peluang dan hak individu kegunaan mata dan niatnya. Maka pemahaman menutup aurat itu bukan hanya merangkumi pemakaian tudung malah ia lebih dari itu dan bersangkutan iman seseorang.

Pelbagai tohmahan terhadap warga Muslim masakini akibat salah faham dalam mengamalkan budaya menjaga aurat dan mengawal hubungan antara silang jantina. Islam itu tidak salah tapi yang hina dan buruk itu orang yang mengaku Islam tapi berperangai seperti bukan Islam, lantas penganut agama lain menilai mereka tadi pelaku Islam yang jahat dan menghukum Islam buruk dan tak bagus.

Banyak persoalan yang berlegar sebenarnya. Namun entri ini bukan untuk menjawab segala persoalan dan permasalahan tersebut. Entri kali ini adalah lebih kepada mengajak sekalian pembaca untuk memahami dengan kefahaman yang jelas bahawa Islam itu jelas dengan prinsipnya tanpa kekeliruan dari andaian manusia.

Bila berbicara tentang aurat, skop perbincangannya bukanlah hanya mengenai wanita bahkan ia merangkumi kaum lelaki. Lelaki dan wanita adalah hamba Allah yang istimewa. Ada aturan yang ditentukan Allah untuk dipatuhi manusia agar kedua manusia tadi tidak terjerumus masuk ke dalam murka Allah.

Persilangan jantina adalah untuk memenuhi fitrah manusia yang memerlukan pasangan. Dituruti dengan itu pelbagai jenis hubungan antara lelaki dan wanita itu perlu dihalusi dan dijaga dengan batasan tertentu. Antara batasan itu adalah menjaga aurat masing-masing.

Aurat itu perlu dijaga antara lelaki dan wanita malah aurat itu juga sebenarnya perlu juga dijaga sewaktu bergaul dengan kaum sejantina. Iaitu adanya batasan aurat antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita. Hatta dengan budak kecil juga diterangkan dalam Islam. Pengajaran dalam Islam mementingkan aspek ‘Saqayah khairun min al ‘ilaj‘ iaitu pencegahan lebih baik daripada merawat. Ia juga berkait rapat dengan aspek psikologi fikiran manusia yang terkadang tidak terkawal oleh manusia itu sendiri. Bila-bila sahaja psikologi emosi manusia akan memusnahkan manusia tanpa dipimpin oleh wahyu Allah.

Mutakhir, menghidangkan kita pelbagai anggapan remaja bahawa selagi tidak melakukan salahlaku seks terhadap rakannya (lawan jantina), masih dianggap ‘boleh’ berhubungan asal sahaja hubungan itu atas dasar ‘jujur’.

Sekali lagi entri ini mengajak para pembaca agar sama memahami dengan sebenarnya isu pergaulan dan kewajiban menjaga aurat ini. Semak kembali kefahaman kita dan amalan kita berkaitan topik ini. Pemahaman kita terhadap topik ini bukanlah berasas pada fikir logik sendiri tetapi rujukan dan panduan wahyu.

Tulisan berikut adalah diambil dari blog rasmi Faisal Tehrani penulis novel Manikam Kalbu (miau miau) bertarikh 26 Mei 2008:

Menghukum Baju Kurung atau Baju Kurang?

Maaf, saya kira segelintir politikus atau pemain isu baju kurung itu seksi memang jahil budaya. Jadi komentar mereka kadang-kali sangat menunjukkan mereka ketandusan estetika apatah lagi etika. Dengan rasa rendah diri, novel saya Manikam Kalbu membicarakan subjek baju kurung ini (setelah melalui pelbagai pembacaan dan rujukan). Apa yang kurung pada baju kurung? Yang dikurung ialah tubuh kita; dikurung syariat. Baju kurung memang selayaknya menjadi baju sekolah pelajar perempuan namun tidak dinafikan ada syarat tambahan.

Sekadar berkongsi, inilah fragmen dari novel Manikam Kalbu:

Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.’

Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.

Syarat kedua busana Melayu itu pantang terlalu nipis. Kerana apabila berkain baju terlalu tipis, disitulah tempat setan dan iblis, apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.’

Sultan Muhammad Syah amat teruja.

Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia terlalu ketat. Tak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat. Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang sekali berbaju ketat atau tanda orang teguh beriman pakaian sempit dia jauhkan.’

Sultan Muhammad Syah bersuara, ‘Adapun ayahanda Tuan Guru, kita bermimpi anakanda kita memakai baju entah apa-apa. Gusar sungguh kita. Hendak dikatakan kafir macam Melayu hendak dikatakan Melayu macam kafir laku. Astaghfirullah.’

‘Itulah syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ada. Kerana membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Bila memakai baju tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai baju elok menurut adat supaya tidak membawa mudarat. Ingatlah jika memakai baju elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.’

‘Apakah ada yang lain Tuan Guru?’


Syarat yang kelima busana Melayu itu dilarang sekali memandai-mandai. Kerana apabila berpakaian memandai-mandai, aib tersingkap malu terburai.’

Diam seketika. Bunyi katak bersahut menyahut dengan cengkerik dilanda jerkah belalang berbaur di luar rumah. Ada burung hantu juga berseru.

‘Kita suka sekali dengan syarat-syarat ini Tuan Guru, tetapi ampun beribu ampun, tidakkah syarat kelima itu menutup kebijakan Melayu, kalau jumud begini bagaimana kita dapat menggubah baju supaya seiring dengan zaman kelak?’

Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim tersenyum lugu.

Syarat kelima itu bukan untuk membataskan kepandaian orang Melayu tetapi untuk menjaga pakaian dan busana kita kelak tidak sampai terlerai dari pokoknya, tunjangnya ayat yang kubacakan tadi. Pakaian Melayu itu anakanda harus ada akar. Akar itu makna. Makna itu ada dua makna lahir juga makna batinnya.’

Sultan Muhammad Syah menghela nafas khuatir, ‘Begini syaratnya Tuan Guru, akan adakah sesiapa tukang jahit seisi negeri mampu mengisi kehendak kita ini.’

‘Kehendak agama dan kehendak budaya.’ Tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim membetulkan.

‘Syukur kita kerana beroleh ilmu dari Tuan Guru. Apakah ada yang hendak Tuan Guru tambahkan untuk kepastian anakanda sebelum dimasyhurkan seisi negeri tentang syarat-syarat busana Melayu ini?’

Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim tersenyum.

‘Allah itu indah suka sekali dengan yang indah. Itulah satu lagi yang harus dimengerti. Untuk busana yang lelaki itu juga ada syarat tertentu bahawa lelaki budiman dan mulia tidak dia menonjolkan urat dan kekuatan badan tidak menentu tanpa sebab di tempat yang tidak berpunca, kecuali perlu kerana manusia ini dinilai istimewa pada akalnya, juga akhlaknya, letak molek pada ilmunya dan keutamaannya, bukan kerana keindahan atau keperkasaan bentuk badannya. Adapun baginda Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda yang aku kutip dari Kitabul Birri wash-shilah wa Adab dan dari Kitabul Tahrimu Zhulmil Muslimi wa Khadzlihi wa Ihtiqarih bahawa bunyinya: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuhmu dan tidak pula kepada bentukmu. Akan tetapi Dia melihat kepada hatimu.’

Memang Manikam Kalbu kadang-kalu sukar didapati di kedai berdekatan. Jangan susah-susah sila klik www.ujanailmu.com.my!

Anda Bijak Jauhi Zina

Baca juga:


Tindakan

Information

5 responses

6 07 2013
meal shakes

Place fruits and vegetables in clear sight so they can just
“grab and go” as often as possible. Although the portion size for most kid’s meals is appropriate, avoid fried kid’s meals as much as possible.
The idea of portion control for weight loss is to eat as much as your body requires, and not out
of greed.

30 07 2013
waxing

They can be used to numb any area of the skin as well as the front of the eyeball, the inside of the nose,
ear or throat, the anus and the genital area. Then the
paste is removed by pulling it off in the direction of the hair growth.

Many oils can serve the purpose of lubricating such as paraffin, or even water if
oil isn’t readily available.

18 09 2013
Wilhemina

This post will help the internet visitors for building up new blog or even a
weblog from start to end.

16 05 2014
ketone Balance duo|buy ketone balance duo|buy ketone balance duo reviews|is ketone balance duo a scam

This article is in fact a nice one it assists new the web viewers,
who are wishing for blogging.

26 12 2019
Cecilia Zook

Trying to find effective advertising that isn’t full of crap? Sorry to bug you on your contact form but actually that was the whole point. We can send your ad copy to websites through their contact pages just like you’re reading this message right now. You can specify targets by keyword or just fire off mass blasts to sites in any country you choose. So let’s say you want to push through a message to all the contractors in the United States, we’ll scrape websites for only those and post your promo to them. Providing you’re promoting some kind of offer that’s relevant to that type of business then you’ll get awesome results!

Shoot an email to muhammad2435tay@gmail.com to get info and prices

Tinggalkan komen